Wednesday, November 2, 2011

YOU GOT TO GO!

Jatuh cinta memang aneh.
Tapi adakah kita bisa menyedari bila pasangan kita berubah hati?
jika anda seorang pemerhati, ya mudah bagi anda mengesannya.
jika tidak?
  • Gunakan deria ke-enam anda dengan tepat. Percayalah , naluri tidak pernah berbohong dan kadang-kadang ia menjadi petunjuk sesebuah perkara
  • Dia tidak mempeduli atau tidak lagi selalu bertanya tentang keadaan anda
  • Anda mula berasa tidak selesa atau janggal ketika berbual dengan dia
  • Tiada lagi kedengaran gelak tawa apabila dia bersama anda
  • Si dia bersikap dingin dan kerap marah-marah anda tak tentu hala
  • dia tidak pernah membawa anda bertemu rakannya
  • Dia tiada keinginan menghubungi anda
  • Selalu mencari alasan menyalahkan anda dalam semua hal
  • Semua yang anda lakukan , tiba-tiba menjadi selalu salah-selalu tidak kena- pada mata dia. dia asyik merungut, menyuruh anda begini- begitu dengan alasan andalah haruslah menjadi mengikut kemahuanya. Berubah menjadi baik tidak salah, tetapi jika dia cuba mengubah anda menjadi orang lain? Sedangkan kalau dulu dia menerima anda seadanya
“awak macam budak baru nak up!”,”awak ni dah teruk, tak macam dulu” , “awak nih lembap betul”. ”Awak boleh tak jadi macam Nora Daning tuh?” ,” saya tak suka lah awak kawan dengan si Sarah tu” “Awak ni tak macam ex saya lah!”
- pleaselah, tolong fahami maksud tersembunyi ini..
  • Dia selalu mengungkapkan “ you deserve better” atau “awak terlalu baik untuk saya”
  • Telefon bimbit dan dirinya tidak dapat dipisahkan dan sebolehnya cuba mengelak jika anda menyentuh telefon bimbitnya
  • kalau dulu nama anda sebagai nama contactnya : SAYANG ,dia sudah menukar menjadi nama biasa
  • Inboxnya di telefonnya selalu kosong.
  • Matanya tiada sinar lagi ketika memandang anda
  • bahasa tubuhnya tidak selesa bersama anda : dia lebih banyak diam, berpeluk tubuh dan melakukan hal sendiri
  • dia tiba-tiba berkelakuan terlalu baik dan adakalanya terlalu kasar dengan anda
  • Tiap kali mahu di ajak berjumpa, ada sahaja alasannya.
  • Dia tidak lagi membayangkan anda dalam masa depan hidupnya, dia tidak bercerita mengenai bakal kehidupan masa depannya bersama anda.
  • dia cuma akan menemui anda takala dia bosan , tiada teman
  • bila timbul satu kesilapan komunikasi antara anda dan dia, dia memilih untuk lari
  • Dia tidak ada kecenderungan membaiki hubungan.
Jika simptom- simptom ini terjadi: lepaskanlah dia  dari hidup anda, sejujurnya dia memang sudah tidak mahu berkomitmen dengan anda.
Maka , Putuskan sahaja.
Buangkan terus orang begini dari hidup anda


Nah,
kehilangan sebahagian dari hati , ya memang sakit.
lagi -lagi bila dikhianati.
Rileks, jangan marah. Berhenti dan jangan buat pekerjaan yang sia-sia.
Janganlah buat tindakan kurang bijak dengan menangis sampai bengkak mata, mengabaikan diri, dan berterusan menyalahkan diri.

Pada saya , putus cinta adalah satu perkara yang–paling tidak seronok. Putus cinta adalah satu penyakit jiwa merbahaya, seseorang bisa merubah laku, kemurungan, bunuh diri gara-gara putus kasih ini. Adakah ia wajar jika anda cuba memekakan hati anda dan tidak mempeduli simptom –simptom ini. Jika cuba diteruskan, merana diri. Namun,percayalah satu hari , ia akan berlaku lagi-lagi dan lagi tanpa kesudahan jika anda cuba memupuk perasaan pada orang yang tidak menghormati anda.Tiada gunanya .

Anda sepatutnya berbangga , kerna sudah  berjaya memutuskan hubungan dengan sang penipu :)

Ambilah masa untuk menangis dan berhentilah. Bangun dari pembohongan yang berlaku,belajar memaafkan dan melupakan terus masa lalu itu.  Titik ini adalah sangat berharga dari terus serabut, membenci diri dan membuang masa pada orang yang tidak pernah menghargai.

Sayangi diri
Dan
Percayalah, Allah itu sentiasa ADA
 : )

p/s:  Tiba-tiba menjadi Pakar Kaunseling. kehkehkekehkeh


No comments:

Post a Comment

woot-wooots :)

Note: Only a member of this blog may post a comment.