Wednesday, January 25, 2012

Setahun lebih dan lebih dan lebih


Kau
baru patah hati,
kerana makwe idaman yang kau tunggu sejak 5 tahun dulu 
sudah selamat berlaki.
kau
baru mula kerja
tidak punya apa-apa.
serabut
dan kau , temui aku.
ya, kita.
kita cuma 
berjumpa hanya di station kereta api

Awal-awal sudah aku tanya
"kau betul serius?"
"Ya, aku serius , dan aku mau menikah dengan kau"
"kau boleh terima aku, bangsat aku?" soal aku berbunyi ragu
" Ya, kerna itu aku perlu kau lengkapkan aku"
kau jawab penuh yakin, sambil gengam tangan dengan erat.
-kau keluar sebentuk cincin.

setahun dan lebih
kau sudah punya rumah dan kereta
pekerjaan kau sudah semakin bagus
graf hidup kau sudah meningkat naik
dan kau selalu tinggalkan aku,
atas pekerjaan kau yang terbang selalu
sudah capai benua afrika
sudah ke luar negara, berjalan merata
dan aku menunggu, sambil hidu baju yang kau titip
untuk aku,
buat hilang rindu.
















setahun dan lebih
aku mula bertanya betapa serius kau pada aku
dan aku mula terasa asing
seperti  tidak kena pada naluri aku.
ya, akhirnya kau meluah terbuku:
"kenapa tiba-tiba , salah aku apa?"

kau:
"tak boleh , komitmen kerja tinggi"
"tak boleh , keluarga aku tidak setuju"
"tak boleh, kau dan aku tidak sekufu"
 "tak boleh, kau cuma kerja kerani"
"tak boleh , sebab kau bukan budak universiti"
"tak boleh, kau bukan berasal dari daerah ini"
"tak boleh , aku rimas dengan air mata kau -kata rindu"
"tak boleh, sebab kau keras kepala macam babi"
"tak boleh, laluan hidup kita tak sama"
dan
"tak boleh , aku sudah tidak cintakan kau lagi"

sempat kau pesan , dengan senyuman sinis "sudah, lupakan aku"

Aku , 
angguk-angguk kecil
cuba tersenyum, menahan butir-butir jernih yang tiba-tiba semakin deras
dan ditahan-tahan. 
"Tolonglah jangan keluar air mata"
sangat mahal air mata aku rasa,
aku tak mahu ia menitik, walau setitik
dan ia jatuh perlahan-lahan
Sial.

setahun lebih dan lebih dan lebih.
hampir dua bulan, ya-dua bulan.
satu hari,
aku terima satu mesej
dari kau. 
soalan yang aku kira 
sangat kurang akal.
yang kau hantar tanpa perasaan
bertanya pada aku " apa pendapat kau  pada Minah B?"
aku diam, sempat aku tanya "siapa minah B?"
"bakal isteri"
Mengigil, dan aku cuba mengguna kudrat ku sebaik yang mungkin
menaip, satu persatu.
*repot-SEND
"Potong pelirmu, Pondan !".
mesej berbalas pendek.
.
p/s:  . . . . . . .