Friday, December 30, 2011

YEAH! YEAH ! YEAH! 2012

sehabis sekolah,
saya ada satu buku : "Perancangan 5 Tahun Saya "
dari 2005-2011 
catatan dan perancangan bagi tempoh 5 tahun itu
sebagai penamat tarikh terakhir,
ia sudah boleh ditutup rapat-rapat 
walaupun tidak  semua saya plan pendek  itu menjadi,
Alhamdulilah , sebahagian besarnya, 
sudah berjaya dilaksanakan dengan sempurna :D

sekarang ini, saya sedang mengejar pelangi
ya, dengan usia yang lumrahnya senantiasa bertambah
jadi , saya perlu buku baru, 
buku yang saya siapkan sikit-sikit di dalam memori 


dan ia memerlukan 200% usaha kali ini.
dan memohon  kepadaNya agar diberi kudrat
agar saya bisa teguh , kental, dan cekal dan tidak mudah menyerah kalah
pergh!
tak sabar rasanya,

  (Hari yang hebat , perlu dengar lagu yang bersemangat!)

p/s: terima kasih buat famili dan sobat yang selalu disisi ..dan juga encik *ehem!  hikhihik

Thursday, December 22, 2011

HATI TERPAUT DI OHIO II

Tahun depan , genap 24 tahun
24 tahun seharusnya sedang bertungkus lumus menghabiskan Ijazah
di Ohio Universiti.
(lambat setahun- kelas persediaan dengan MARA)
kehkehkeh

sumber gambar: Puan Hana dan Suami, Encik Fairuz, London

24 tahun
menghirup angin Columbus
atau sedang menonton bola di Paul Brown Stadium
atau berjalan-jalan di Springfields
sambil meneroka dunia Athen (memilih Amerika ketika itu)
apa yang sangat menarik dalam usia 24 tahun 
berbaju tebal dikala waktu sejuk melanda Amerika
berpimpin tangan dengan suami
Berdating di tepi gigi air  Sungai Ohio
menekan–nekan butang Mac Book menghabiskan tesis
Dengan motto : Religion, Learning, Civility; Above All, Virtue
Maka ada baiknya memberi ceramah bagi adik-adik yang baru tiba di Amerika
atau mungkin membuat kerja-kerja amal
dan aktiviti paranormal sebagai tugasan diwaktu lapang.
(menurut fakta, Ohio universiti merupakan antara universiti yang ramai “mahkluk” lain di USA oleh kerana komposisinya antara yang tertua, pasti terjadi banyak sejarah “lain”. )

Nyaman (heaven) – kata orang putih . Ianya seperti sedang menggambarkan perasaan ketika itu yang sedang menikmati dunia pada tanda aras kehidupan  yang boleh dikatakan berjaya seperti yang dirancang,

Berada dalam kelompok manusia yang pelbagai pemahaman dan budayanya.
Yang paling seronok, bila cuti semester atau musim panas.
Mungkin  boleh  lepak makan ikan segar di Nova Scotia,
Melihat-lihat budaya orang  Massachutess (masapewit)
Atau kalau rajin , den boleh backpackers sama suami ke New York ,
(sebenarnya banyak tempat yang menarik tapi tak dapat dijelaskan)
atau
Sambil menari salsa di negeri Amerika Latin yang terdekat,
Walaupun dinegeri orang asing
Masih mengekalkan budaya dan adat orang timur
 seperti saranan Che Det.
dan paling penting
masih kekal dengan identiti seorang muslimah 


usia 24 tahun  hamil anak pertama
hamil dan belajar di luar negara bersama suami tercinta
selepas  berkhawin pada usia 23 tahun.
Sedang menjalani tesis bagi pernilaian akhir jurusan komunikasi
Bersama double major jurusan lain
sambung Phd disana
atau mungkin sudah bertukar Universiti
setelah 10 tahun berhijrah ,di Barat dunia
pulang ke tanah air tercinta
dan berkongsi ilmu pada anak murid.
(oleh kerana cabang keluarga banyak kepada perguruan : 
saya harap saya boleh menyertai mereka dalam aspek pembelajaran 
dan pengajaran: menjadi seorang pensyarah -komunikasi)
:D

*PLUP!*
aahahahahahahaha


tapi itu hanya impian kecil . “angan-angan tak berapa Mat Jenin”

Novel “Hati terpaut di Ohio” terbitan sekitar 1980-an  (sudah lupa nama penulisnya) mengenai pengalaman pelajar Malaysia di sana yang dijumpai di rak perpustakaan ketika usia 11 tahun  amat terkesan sekali pada saya sehingga ke hari ini. (cuba mencari kembali buku ini, tetapi tidak ditemui)

p/s: kebetulan -mantan kekasih pertama adalah anak bekas pelajar jurusan Pendidikan ( TESL :seingat saya) di Ohio Universiti sehingga kedua orang tuanya tamat belajar dan kembali ke Malaysia 1994.  cerita cabaran kedua orangtuanya di negara orang persis buku yang saya baca *kecil sungguh dunia :D



Monday, December 19, 2011

BERCAKAP DENGAN CERMIN I


“kau nak apa sebenarnya ni , Bro”
Saya pandang dia, dari satah lurus itu
wujud makhluk yang serupa dengan saya
“Beb, aku punya halatuju **D&$% dan aku nak buat  *%^D&*D”
“Habis kau fikir apa yang kau usahakan sekarang ni berbaloi?
Mana pelan hidup kau? Mana?mana?.” John balas dengan nada mengejek

Chis. 
Saya mengumam pendek. Saya pandang dia .

“Woit ! aku tanya kau la –John.. kau jangan tanya aku balik”
“Ok, aku tak ada jawapan untuk kau sekarang ini. Tapi pada aku  kalau kau nak seribu daya, beb. 
Takkan lah kau dah surrender pesal benda-benda yang kecik ni?
kemonlah brader. Mana kau yang aku kenal dulu? 

ayat klise John sambil senyum sinis.

pergh , jawapan.



p/s: dalam cermin jadi namanya John.  

Friday, December 16, 2011

MARI BERKAHWIN

Resah

Senyum

Dalam keadaan resah, berpura-pura senyum
cheh, 
kontrol ayu
teman yang  nak nikah
dia pulak yang rasa  tak tentu arah
:D 
"berdebar-debar tunggu lafaz kadi "


p/s: bila hati senang- muka pun tembam. hikhikhikhik :D 

Wednesday, December 14, 2011

Melihat Dunia dengan Membaca

sedari dulu lebih senang membaca
waktu rehat lebih banyak di perpustakaan
sesibuk manapun,
pasti cuba meluangkan masa dengan membaca
selalunya memilih fiksyen Bahasa berbanding
Fiksyen Sains.
pernah satu hari mengalami tekanan- rupanya tindakbalas badan yang tertekan
 disebabkan masa sibuk menghabiskan tugasan pensyarah
dan ubatnya, cuma dengan membaca sebuah buku.




ya, bila ceritanya menarik-jadi obesesi, maka semahunya akan dihabiskan juga bacaan itu dalam sehari
sampai lupa makan.
dari mata dua, sampai empat mata.
bila dirumah, sunyi sepi-tandanya sedang membaca atau sedang enak dibuai mimpi
novel atau cerpen.
dan tergantung pada kuasa magis sang penulis.
sambil baring-baring,
sebiji bantal dan secawan teh panas yang wangi
di depan angin sepoi.
"Soooorrrgaaaaaaaaaaaa"




Friday, December 9, 2011

JANTAN

Dan benci bila aku dah suka kat kau
Sebab hari-hari rasa nak ajak keluar dengan kau
Dan rasa nak cakap:
Hai- i lebiu, sambil tu aku akan kasi kau bunga dan senyuman aku seikhlasnya
Supaya kau cakap : ai lebiu tuuu kat aku.
aku sudah "aim" kau lama: 3 bulan lepas.
Dan esok aku harus temui Leha- makwe satu pejabat , cakap ai lebiu juga
Malam karang aku jumpa Si Nora badan lentik gebu, makwe keje  hotel- cakap ai lebiu juga
Dan Sabtu depan, aku boleh jumpa makwe Fb : Memey Zelikha- cakap ai lebiu juga.
Aku simpan nama kau sebagai: kekasih gelap IV.
Ok , itu jelah.
Aku tamak – 3 senarai buat aku rasa tak cukup
Aku perlu empat.
Dan kau akan cukupkan kuota aku.
Aku tak peduli!

p/s: beza lelaki dan jantan.



Tuesday, December 6, 2011

KATANYA MENCARI CINTA


Perhubungan yang berlangsung zaman dahulu,
Lebih klasik lebih tinggi nilainya
Tidak sesusah pakai mesej, pakai email, skype@ Ym
Hanya pakai “perasaan “ @instinct saja: maka wujudlah getar-getar rindu.
Yang membuat seseorang menangis tanpa sebab yang jelas-selain mengalami masalah pramensturasi
Ya , seperti Gusno Putri Dumilah ketika berhubung dengan Hang Tuah,seperti digambarkan dialam epic Filem Puteri Gunung Ledang,babak pertama.
Pakai isyarat jiwa saja, menghantar getaran. Berkata melalui hati dan gerak  badan

Itulah cara berhubung yang terbaik.

Atau kadang-kadang melalui tafsiran mimpi sahaja. Ya, selalunya pakai mimpi sahaja.
Separuh keadaan mimpi itu, selalu jadi di alam nyata.
Saya mungkin kerap mengalami Dejavu
Termasuk bermimpi kehilangan signal getaran- yang ertinya- kehilangan kepercayaan- dan kecurangan.

Kamu pernah jatuh cinta?
Jangan bohong kata tidak
Ya, kalau mungkin bercinta sama monyet jadian juga bisa dibilang cinta
Ok , mungkin pertanyaan ini menjengkelkan.
Tapi pada saya, cinta itu selalu tidak bersyarat
Datang , dan tiba-tiba ada rasa getar yang amat sangat dalam jantung, degup yang ada lain macam betul rasa
Beruntung, bagi siapa-siapa yang sudah menikahi cintanya dengan tulus ikhlas.
Saya , masih mencari cinta. HAHAHAHAHA

Kadang-kadang kalau isu ini dibahas di kedai kopi bersama-teman-teman lelaki , ( saya punya teman lelaki tapi yang teman istimewa masih tak ada)
Mungkin sahaja jadi bahan tertawa mereka, dah nak menikah ke?
saya geleng-geleng.
Tapi pada hemat saya sebagai seorang perempuan,
bila bercakap soal serius, harus berfikir  lelaki seperti apakah yang mahu mengahwini kita.
Saya mungkin tidak suka semborono sahaja. bukan jenis main angkut sahaja mana yang sangkut.
 Bagi saya hidup ini perlu perancangan
Tidak boleh dihentam kromo bukan maksudnya tidak bisa menikmati hidup tanpa kejadian-kejadian luar jangka. Tapi kalau meletakkan hati dan jiwa, semua nya harus ditanya pada diri. Jadi perlu perancangan.
Sejak kecil lagi saya begitu tegas dengan cinta.saya tidak menggunakan kau –suka –aku- aku –suka –kau itu nama nya cinta . Cinta yang ikhlas boleh terlihat dari mata . Cinta pertama saya hadir , selepas habis sekolah. Di tempat saya kuliah seorang , di tempat praktikal seorang. Dan akhirnya saya jadi penat bercinta-cinta yang tak pasti.

Dan masih belum menemui seorang, yang membuat saya merasa pasti. (sebab itu di kurnia naluri)

Tapi begitulah, kata orang-orang dulu, cinta itu yang mahalnya jika banyak ujian datang, maka kita akan melihat sebenar siapa pasangan kita. Tapi ini bukan tujuan mahu berbahas mengenai mantan kekasih pada entri ini.

Setelah melalui banyak perkara , kata kuncinya ialah :khlas. Menyedari bahawa kebanyakan perkara yang terjadi itu , kalau tidak berbuat sesuat dengan ikhlas. Maka , secara automatisnya- keikhlasan itu tidak ada, dan ia sangat mudah lenyap kerana hanya dipenuhi agenda-agenda tersembunyi semata dan itu sudah merosakkan dasar cinta itu sebenarnya.

Hoit, merepek hapa nih?
sila abaikan pembacaan entri ini


p/s: sebenarnya , kebelakangan ini saya sedikit sibuk -kalau cerita ditulis bersambung-sambung, macam inilah-merepek. Sekian.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH

Monday, December 5, 2011

hikhikhikhik :) hikhihihihiihihiikhhikkkkkkkkkkkkkk :)
ok , tu je