Thursday, December 22, 2011

HATI TERPAUT DI OHIO II

Tahun depan , genap 24 tahun
24 tahun seharusnya sedang bertungkus lumus menghabiskan Ijazah
di Ohio Universiti.
(lambat setahun- kelas persediaan dengan MARA)
kehkehkeh

sumber gambar: Puan Hana dan Suami, Encik Fairuz, London

24 tahun
menghirup angin Columbus
atau sedang menonton bola di Paul Brown Stadium
atau berjalan-jalan di Springfields
sambil meneroka dunia Athen (memilih Amerika ketika itu)
apa yang sangat menarik dalam usia 24 tahun 
berbaju tebal dikala waktu sejuk melanda Amerika
berpimpin tangan dengan suami
Berdating di tepi gigi air  Sungai Ohio
menekan–nekan butang Mac Book menghabiskan tesis
Dengan motto : Religion, Learning, Civility; Above All, Virtue
Maka ada baiknya memberi ceramah bagi adik-adik yang baru tiba di Amerika
atau mungkin membuat kerja-kerja amal
dan aktiviti paranormal sebagai tugasan diwaktu lapang.
(menurut fakta, Ohio universiti merupakan antara universiti yang ramai “mahkluk” lain di USA oleh kerana komposisinya antara yang tertua, pasti terjadi banyak sejarah “lain”. )

Nyaman (heaven) – kata orang putih . Ianya seperti sedang menggambarkan perasaan ketika itu yang sedang menikmati dunia pada tanda aras kehidupan  yang boleh dikatakan berjaya seperti yang dirancang,

Berada dalam kelompok manusia yang pelbagai pemahaman dan budayanya.
Yang paling seronok, bila cuti semester atau musim panas.
Mungkin  boleh  lepak makan ikan segar di Nova Scotia,
Melihat-lihat budaya orang  Massachutess (masapewit)
Atau kalau rajin , den boleh backpackers sama suami ke New York ,
(sebenarnya banyak tempat yang menarik tapi tak dapat dijelaskan)
atau
Sambil menari salsa di negeri Amerika Latin yang terdekat,
Walaupun dinegeri orang asing
Masih mengekalkan budaya dan adat orang timur
 seperti saranan Che Det.
dan paling penting
masih kekal dengan identiti seorang muslimah 


usia 24 tahun  hamil anak pertama
hamil dan belajar di luar negara bersama suami tercinta
selepas  berkhawin pada usia 23 tahun.
Sedang menjalani tesis bagi pernilaian akhir jurusan komunikasi
Bersama double major jurusan lain
sambung Phd disana
atau mungkin sudah bertukar Universiti
setelah 10 tahun berhijrah ,di Barat dunia
pulang ke tanah air tercinta
dan berkongsi ilmu pada anak murid.
(oleh kerana cabang keluarga banyak kepada perguruan : 
saya harap saya boleh menyertai mereka dalam aspek pembelajaran 
dan pengajaran: menjadi seorang pensyarah -komunikasi)
:D

*PLUP!*
aahahahahahahaha


tapi itu hanya impian kecil . “angan-angan tak berapa Mat Jenin”

Novel “Hati terpaut di Ohio” terbitan sekitar 1980-an  (sudah lupa nama penulisnya) mengenai pengalaman pelajar Malaysia di sana yang dijumpai di rak perpustakaan ketika usia 11 tahun  amat terkesan sekali pada saya sehingga ke hari ini. (cuba mencari kembali buku ini, tetapi tidak ditemui)

p/s: kebetulan -mantan kekasih pertama adalah anak bekas pelajar jurusan Pendidikan ( TESL :seingat saya) di Ohio Universiti sehingga kedua orang tuanya tamat belajar dan kembali ke Malaysia 1994.  cerita cabaran kedua orangtuanya di negara orang persis buku yang saya baca *kecil sungguh dunia :D



No comments:

Post a Comment

woot-wooots :)

Note: Only a member of this blog may post a comment.