Tuesday, June 22, 2010

PUDU JAIL


selalu kalau orang tanya den keje kat mana
den selalu susah nak jawab
den cuma akan bagi tau tempatnya sahaja
den akan jawab
"depan PUDU JAIL"

kalau orang nak tanya opis den kat mana
atau macam mana nak pegi opis den
den akan selalu jawab

"blue white building, front of PUDU JAIL"

" you can saw tjunction , front of PUDU JAIL, its behind of street
sir"

ada sekali aku tengok dalam filem P.RAMLEE di tivi
aku lupa tajuknya, tak silap di filemkan
kira-kira tahun 60 an
jalan Hang Tuah ketika itu
cuma ada gah dengan bangunan penjenayah.
bangunan warna putih dengan tulisan jawi "PUDU JAIL "
saja yang aku nampak .

aku selalu intai2 kat depan pejabat aku
dari atas, merenung ke bangunan usang itu
agaknya kalau PUDU JAIL beroperasi lagi
boleh lah den tengok banduan-banduan mandi .
adalah penyeri den pagi-pagi.

sayangnya , orang tak nilai semua sudut yang terdapat
dalam bangunan yang pernah di diami Mona Fendy dengan Botak Chin tu
walau selalu berada di depan bangunan usang itu
den masih gagal berkesempatan untuk buat kunjungan
sehingga tembok mural yang dilukis KHONG YEN CHONG itu dirobohkan

selalu den tenung dalam-dalam
masa mahu melintas menuju elarti jalan Hang Tuah
cuba meletakkan empati dan simpati den sendiri
memikirkan perasaan -perasaaan homosapien
yang terpisah dengan dunia luar
di atas kesilapan dan kegilaan yang pernah mereka lakukan dahulu
di dalam kamar kecil
dihalang tembok yang dulu sangat gagah

dan kalau ia dirobohkan
den susah nak jawab
"kau keje kat mana hapam"
"depan.....er...er....er"

p/s :memang betol-betol tinggal sejarah

Monday, June 21, 2010

Padan Muka Aku.

esok aku akan mati
mati di bawah pokok mangga
betul-betul atas angin
dan kau
aku akan pastikan kau
melihat aku dalam-dalam
sedalam kau merenung aku
ketika kau lihat aku
di Petaling Street itu
(ketika itu kau hulur lima puluh sama apek cina dengan senyuman berbunga-bunga)

tapi kali ini
kali penghabisan ini
aku akan pastikan kau masih merenung aku
untuk kau kenal betapa hebatnya aku
walau renungan kau
sudah tidak seperti pertama kali
karna aku sudah hodoh dan buruk
dan aku sangat pasti kau takkan kenal aku lagi
tidak akan mampu mengetahui yang kau lihat itu aku
aku benci
dan merasa sangat bangga kerana kau sudah
tidak mengenal aku
balasan untuk orang- orang yang sudah membuang aku
padan muka kau
kau akan tahu betapa kesalnya hidup kau
kau akan rasa sakit
dan benci
tanpa aku
Padan Muka!




P/S:nak buang pun serba salah. tapi kene buang juga. kat pejabat mana boleh bersneakers .

Thursday, June 17, 2010

Penting untuk setengah tahun 2010

lama den tak menulis
sibuk betol
sejak keje dengan jenayah ni
rajin betol den jadi stalker
mencari maklumat penting


setiap inci setiap perkara
tapi pakai fesbok .

Berkesan juga!

sekarang sudah separuh tahun
dan den dengan gegirl den simima

masih belum memenuhi hajat setengah tahun untuk buat lesen
macam buat lesen kapal terbang rasanya
**serius , den tak ada lesen kereta yang semua orang ada dalam wallet bila dah 18 tahun
kasihan sama diri den sendiri
sungguh tidak sopan bagi den kalu tak ada lesen.

itu perkara pertama.
keduanya :kurus.

yang ni tak berapa best den nak cerita
dengan badan yang rendang-rendang ini, dengan badan yang berisi
adalah tidak bagus sama sekali
sebab : bila den bawa baby-baby yang ada kat rumah itu
semua sibuk tanya
"anak akak da berapa bulan?" , "bila kawin?"
"comel anak-anak akak ini"
memang celaka betol den nak jawab
sebab den bujang laie.
ciss .
jadi den pun berangan-angan memiliki badan ideal macam dulu
*pakai kebaya pun rasa sudah sendat.
(mana tak gemuk, asal meeting je makan, sehari dekat 3 kali asik makan, belum campur orang belanja, belum campur milo yang den telan dekat 4 kali sehari)

sekarang, setengah bulan ni : bercadang mau beli basikal roda dua.
orang lain sibuk beli kereta:
den beli basikal...
Den tak berapa nak percaya, kalau makan Jusmate semata-mata boleh kurus.

setengah tahun,
trip nak bercuti ke singapore dari tahun lepas , tak jadi-jadi...
tak pa, tukar tahun ni mau balik kampung jumpa nenek den di Ranah Merah - Padang, Indonesia.
Ozi Osborne pun nak balik cuti hari raya di Padang.
chis , mana mungkin dia balik kampung dengan family tanpa ajak den .
tapi masalah juga, den tak ada assistant..karang, kalo den cuti..mampuih tungang terbalik la opis den..selalu den cuti pun pasal sakit sahaja.
jadi cadangnya setengah tahun ini den mau buat pasport.
dan den lepas buat pasport

siap-siap 2 bulan sebelum raya
mau hantar surat cuti ke Pak Incik mau cuti seminggu,

dengan aman , tenteram dan seronok
tanpa dihubungi pihak pejabat dan Polis.


P/S:
**takpayahlah ang susah-susah kasi tau den gemuk. "Den dah tau"