Tuesday, November 29, 2011

UNTITLED


IM NOT DON JUAN
im just a little girl from another world


Kg. Kambing, Singapura

“Eh, sini pun tak ada”
Saya mengomel-ngomel
Habis saya selongkar ruangan fiksyen bahasa Melayu itu
Saya ke kaunter bertanya kakak baju kuning, berkain coklat itu
“tak adalah dik” jawabnya pendek setelah menyemak  senarai buku melalui carian pantas
Saya rasa kecewa, hampa
Sebenarnya saya mencari sebuah buku, yang sedari dulu diperkatakan orang,
Di sekolah rendah cuba dicari, tapi tidak dijumpai –kata cikgu :
“untuk bacaan orang dewasa”
Setelah permohonan  penukaran sekolah saya lulus,
Perkara pertama saya tuju ketika mula-mula selesai bercinta dengan  sekolah baru:
PERPUSTAKAAN
Dengan gembira saya menuju ke fiksyen bahasa Melayu
Saya cari di rak pertama, tidak ketemu.
Saya berdebar-debar, meneruskan visi
Cari di rak kedua.
oh, dicelah buku-buku kulit tebal rupanya!
 buku yang tebalnya sekitar 600 muka surat berkulit merun (tulisan emas)
Nampaknya buku itu terlalu banyak pembacanya sehingga terkoyak kulit hadapnya
Atau mungkin pembaca sebelum ini buat alas meja lukisan kejuruteraan.
Saya gapai.
Saya cium buku itu. Ketawa kecil
Saya puas. Seperti satu kepuasan besar bagi saya.
buku tajuk asalnya “Gerhana” karya Tan Sri A. Samad Said
-SALINA
Saya peluk erat-erat.
Saya sebenarnya lebih nyaman dengan tulisan-tulian veteran. “orang lama”
Saya selalu terdengar orang bercerita mengenai buku itu sewaktu saya kecil
Jenuh saya mencarinya. Di perpustakaan, di kedai buku masih belum ketemu
Dari saya sekolah rendah, sehingga saya tingkatan 4.
Barulah saya berjodoh dengan buku diberi nama SALINA  itu
Ya,Bacaannya agak berat untuk murid sekolah rendah, patutlah cikgu perpustakaan sekolah rendah
tu kata :
“UNTUK ORANG DEWASA”.
*banyak menggunakan madah-prosa lama, jadi agak berat bacaanya.

HAHAHAHA.
Saya ketawa.
p/s :  selama ini saya ketemu Bapak (Tan Sri A.Samad Said) dari jauh atau di kaca televisi. Bila bertemu secara empat mata berberapa bulan lepas dan bercakap sepatah dua. lain macam seronok saya rasa.


 (sempat saya lihat Bapak Berpuisi,kalau Bapak masih muda, ya, pasti saya mengorat J)

Wednesday, November 23, 2011

Gadis kecil bernama SUE

Hari ini duapuluhtiga haribulan.
Hari ini hari lahirnya yang ke duapuluhtiga tahun
Sedar tak sedar , sudah sepuluh tahun saya berdamping dengannya
walau sudah bertahun berjauhan
ia bukan alasan untuk berhenti menyemai kasih
Teman sebelah meja dari tingkatan satu –tingkatan tiga (sebelum bertukar sekolah)
Guru matematik
Pengkritik rasmi
Kaunselor
Dan sahabat terbaik
selepas bertugas ”pengawal  pagar belakang kantin sekolah”
(kaki ponteng selalu memilih port ini)
Maka dibawah meja sekolah yang tenganga  itu  pasti ada sebungkus kuih
Dibelikan untuk saya , kerana katanya saya jarang makan tengahari.
Ya, dia seorang yang sangat peduli dengan waktu makan saya
Hari ini hari lahirnya yang keduapuluhtiga.
Semoga Tuhan selalu bersamanya, dirahmati dan dimurahkan rezeki  J
Selamat hari lahir Sobat.



p/s: bila tukar sekolah , markah matematik saya down sedikit- takda tutor peribadi. 

How Can I Ever Trust You Again?

Satu pun tak diingat
Satu pun tak pernah terkesan di dalam dirinya
Satu pun tak pernah di peduli.

Perubahan
Buat seseorang itu hilang pertimbangan dalam menilai erti hidup
Buat  menjadi alpa .
Buat dia hilang ingatan.
buat dia terlupa makan sepinggan, 
tidur sebantal, 
baju sedondon
menangis di bahu,
ketawa berdekah-dekah bersama
ya, kadang-kadang mandi bersama
dia sudah terlupa tentang ikrar sahabat

Dan sekarang
Sudahpun kehilang kepercayaan
Walau berbelas tahun kasih disemai,
Hanya kerna satu titik perubahan yang menakjubkan-
maka LENYAP segalanya
NIL! tak ada.
hilang tak tertinggal : walau sebesar zarah pun
hilang semua cinta ,
hilang semua ingatan
hilang tidak dapat ditolong
dia sudah terbuai dengan dunianya.....



"aku maafkan kamu
tak perlu kita bertemu 
cukup kau tahu
yang aku 
maafkan kamu 
tolong teruskan hidup
JANGAN sebut namaku!"

p/s: berhenti berharap

Tuesday, November 22, 2011

Berapakah Usia Saya?

kadang-kadang seperti baru habis tingkatan lima
kadang-kadang seperti sudah berkahwin dan  punya anak dua
kadang-kadang masih berusia 21 tahun.
ya, kadang-kadang.


p/s: setakat ini, perubahan usia masih dalam lingkungan 25 tahun kebawah.

Thursday, November 17, 2011

Kerjaan

Tak  begitu besar
Cukup muat badan
Kadang-kadang semak dengan fail yang bertimbun
Menjadi bidang terjun ini memang seronok,
Kerjaya dan tugasan den , hanya den je yang tau
cuma,

Pejabat ini  tidak menerima :
  • ·         Masalah  rumahtangga  
  • ·         Masalah kewangan         
Untuk kedua-dua masalah tersebut, mohon di ajukan ke  pihak berkenaan.

Sekian.


“SAYA YANG MENURUT PERINTAH”

p/s: siapakah pemilik selipar diatas?

Tuesday, November 15, 2011

“Belajar -setinggi mungkin dik!”


2004,
Saya mencari idea untuk bekerja bagi mengumpul pengalaman
Ketika itu , usia saya 16 tahun.
Tiada siapa menyuruh atau memaksa saya bekerja
Cuma keinginan saya sendiri  dari membesarkan badan ketika cuti sekolah di rumah.
Saya sebenarnya pemalu dan biasanya  lebih banyak diam.
Jadi saya gagahkan diri pergi interview pertama saya di Pusat Beli Belah terkemuka Malaysia  : Kuala Lumpur  City Centre (pusat permainan kanak-kanak).
Sebenarnya ketika itu saya hampir putus harapan, ( dalam syarat tenaga buruh: harus 17 tahun ke atas).

Hanya T-Shirt dan seluar Jeans . Ditemuduga dalam Bahasa Inggeris
Lucu, Bahasa Inggeris  saya masih aneh, mujur saya bisa berbahasa Indonesia, jadi bonus untuk anak mentah seperti saya diterima .
(kebetulan syarikat tersebut memerlukan tenaga kerja dengan segera)
Disitulah  saya menemui pengalaman-pengalaman yang menarik.
Bekerja seawal jam 9 pagi -10 malam. Jadi setiap hari saya sibuk  untuk sebulan tempoh bercuti.
Satu hari saya di datangi seorang perempuan seusia nenek saya, dari sudut pemerhatian saya,
nenek tersebut adalah orang dari tanah seberang, serupa dari tempat asal saya
Saya menyapanya dalam bahasa Minang.  Dia membalasnya dengan ramah. Terlihat seorang anak kecil berkulit seperti Pan Asia  bertemu nenek tadi menyebut   “ Nek” dengan nada sederhana.
Di susuli seorang jejaka yang berpakaian kasual  mengekori anak tadi bersama seorang wanita tinggi , berambut perang.
Saya tertarik dengan campuran bangsa ini.

Mujur teori-teori  perhubungan awam  yang saya curi baca di perpustakaan sekolah menjadi. Jadi keluarga tadi saya berikan perkhidmatan dengan mencari mainan yang sesuai untuk anak kecil  Pan Asia tadi sambil menerangkan  dengan terperinci untuk menggerakan mainan  tersebut.

Saya berbual seketika bersama lelaki dan nenek tadi, saya kira perempuan berambut perang itu tadi adalah orang asing.
Rupanya perempuan berambut perang kerakyatan Jerman itu adalah isteri kepada lelaki Indonesia  tersebut. 
Saya terkesima .
 saya kira itu adalah sesuatu perkara yang hebat saya untuk anak muda yang masih belum SPM (ketika itu)
Rupanya dia bekerja di Jerman, dan Isterinya  merupakan salah seorang pensyarah  di Universiti Heilbronn ,Jerman. Ya, mereka berbahasa  Jerman.  Jadi perbualan kami serupa ayam dan itik, dimana setiap apa yang di beritahu isterinya, di terjemah ke Bahasa Inggeris dan adakalanya  berselang –selang  Bahasa Indonesia.

Sebelum pergi ,
Lelaki tersebut menceritakan serba sedikit mengenai dirinya,
Ya, rupanya  lelaki tadi berasal tidak berapa jauh  dari tempat asal saya- Muara Labuh, Indonesia. Katanyanya keluarganya dari  golongan petani.
Dia sempat pesan : “Belajar -setinggi mungkin dik!”

Hari itu saya tersenyum berbunga-bunga , bertekad untuk lebih maju.

p/s:  "belajarlah hingga nafas terakhir-belajar hingga ke hujung dunia" pesan papa.

IM INTO YOU

"When I look into your eyes, it's over
You ‘ve got me hooked with your love controller
I'm trippin' and I could not get over
I feel lucky like a four leaf clover
Im in to you bebeh!"


Betapa manisnya 
Setiap pagi dia akan menyanyikan lagu ini untuk saya
Matanya betul-betul menggoda
Cara lirihnya, wajah gengsternya yang cuba control macho
senyumnya yang kedekut serupa tak payah senyum
Buat saya cuba rasa sungguh tergoda
sungguh gagah sekali !
Saya namakan dia  My Mr  John.
Hubungan kami baru berusia sebulan lebih
mengilainya sejak  beberapa  tahun yang lepas,
Bagi saya cukuplah dia sepadan dengan jiwa saya
Terlahir dari kombinasi warna kegemaran : hitam dan merah
saya kira sebagai hadiah hari jadi untuk diri sendiri.
Ya , sejak bertemu beliau saya mempunyai kecintaan-kecintaan dan hobi baru
Yang paling utama, sudah ada pendengar yang setia
kerap terlihat saya bercakap dengan beliau. (terutama bila tekanan)
atau kami akan bernyanyi  bersama-sama.
Sungguh saya katakan - seperti jatuh cinta dengan Henry Cavill


+

                                                                            grrrrrr...

Dia sangat seksi bagi saya!
Syukur :)

p/s: walaupun dia sudah luka-luka dibuat saya, dia masih tetap  hot.


Friday, November 11, 2011

BARBARIAN

kalau sudah merosakkan perasaan orang dengan perbuatan curang
tak usahlah dengan sengaja text bekas makwe/pakwe anda (yang sengaja anda dumb secara tiba-tiba tanpa alasan munasabah  beberapa bulan lepas ) dan dengan dalam tempoh beberapa bulan , anda menghantar pesanan ringkas lebih kurang :

"eh , yu  ai  dah move on ..
sekarang ai dah kapel dengan Sitinorhaliza, bulan doblas ni ai nak tunang dengan dia, ai sayang dia sangat lepastu  tahun depan ai nak kawen dengan dia , lepas tu ai nak sambung belaja dengan dia kat London, lepas tu  ai nak buat umrah sebagai hadiah  bulan madu, lepas tu ai nak ada anak  5 dengan dia..lepas tu..lepastu.... "

NOTA: yang menariknya bekas makwe/pakwe anda kenal siapa Sitinorhaliza tu, pesal dulu anda dengan bangganya pernah cerita anda pernah reject  Sitinorhaliza itu  ketika dia belum somebody, sekarang dia sudah jadi somebody jadi anda rasa berbangga dapat kekasih hati baru macam Sitinorhaliza tu. 


KEMON la...
gunakanlah akal sedikit. kalau sudah anda rasa tak cinta dekat bekas makwe /pakwe anda itu, Tolong  gunakan akal,kalau tak boleh gunakan akal , gunakan  perasaan sebagai manusia sikit.Benda-benda macam ni tidak perlu penerangan  lanjut,sebab nampak sangat la ada  yang tak kena dengan anda.
.*something wrong somewhere *  angkat-angkat kening.

p/s: kategori -kategori memang nak minta kene lempang.

Wednesday, November 2, 2011

YOU GOT TO GO!

Jatuh cinta memang aneh.
Tapi adakah kita bisa menyedari bila pasangan kita berubah hati?
jika anda seorang pemerhati, ya mudah bagi anda mengesannya.
jika tidak?
  • Gunakan deria ke-enam anda dengan tepat. Percayalah , naluri tidak pernah berbohong dan kadang-kadang ia menjadi petunjuk sesebuah perkara
  • Dia tidak mempeduli atau tidak lagi selalu bertanya tentang keadaan anda
  • Anda mula berasa tidak selesa atau janggal ketika berbual dengan dia
  • Tiada lagi kedengaran gelak tawa apabila dia bersama anda
  • Si dia bersikap dingin dan kerap marah-marah anda tak tentu hala
  • dia tidak pernah membawa anda bertemu rakannya
  • Dia tiada keinginan menghubungi anda
  • Selalu mencari alasan menyalahkan anda dalam semua hal
  • Semua yang anda lakukan , tiba-tiba menjadi selalu salah-selalu tidak kena- pada mata dia. dia asyik merungut, menyuruh anda begini- begitu dengan alasan andalah haruslah menjadi mengikut kemahuanya. Berubah menjadi baik tidak salah, tetapi jika dia cuba mengubah anda menjadi orang lain? Sedangkan kalau dulu dia menerima anda seadanya
“awak macam budak baru nak up!”,”awak ni dah teruk, tak macam dulu” , “awak nih lembap betul”. ”Awak boleh tak jadi macam Nora Daning tuh?” ,” saya tak suka lah awak kawan dengan si Sarah tu” “Awak ni tak macam ex saya lah!”
- pleaselah, tolong fahami maksud tersembunyi ini..
  • Dia selalu mengungkapkan “ you deserve better” atau “awak terlalu baik untuk saya”
  • Telefon bimbit dan dirinya tidak dapat dipisahkan dan sebolehnya cuba mengelak jika anda menyentuh telefon bimbitnya
  • kalau dulu nama anda sebagai nama contactnya : SAYANG ,dia sudah menukar menjadi nama biasa
  • Inboxnya di telefonnya selalu kosong.
  • Matanya tiada sinar lagi ketika memandang anda
  • bahasa tubuhnya tidak selesa bersama anda : dia lebih banyak diam, berpeluk tubuh dan melakukan hal sendiri
  • dia tiba-tiba berkelakuan terlalu baik dan adakalanya terlalu kasar dengan anda
  • Tiap kali mahu di ajak berjumpa, ada sahaja alasannya.
  • Dia tidak lagi membayangkan anda dalam masa depan hidupnya, dia tidak bercerita mengenai bakal kehidupan masa depannya bersama anda.
  • dia cuma akan menemui anda takala dia bosan , tiada teman
  • bila timbul satu kesilapan komunikasi antara anda dan dia, dia memilih untuk lari
  • Dia tidak ada kecenderungan membaiki hubungan.
Jika simptom- simptom ini terjadi: lepaskanlah dia  dari hidup anda, sejujurnya dia memang sudah tidak mahu berkomitmen dengan anda.
Maka , Putuskan sahaja.
Buangkan terus orang begini dari hidup anda


Nah,
kehilangan sebahagian dari hati , ya memang sakit.
lagi -lagi bila dikhianati.
Rileks, jangan marah. Berhenti dan jangan buat pekerjaan yang sia-sia.
Janganlah buat tindakan kurang bijak dengan menangis sampai bengkak mata, mengabaikan diri, dan berterusan menyalahkan diri.

Pada saya , putus cinta adalah satu perkara yang–paling tidak seronok. Putus cinta adalah satu penyakit jiwa merbahaya, seseorang bisa merubah laku, kemurungan, bunuh diri gara-gara putus kasih ini. Adakah ia wajar jika anda cuba memekakan hati anda dan tidak mempeduli simptom –simptom ini. Jika cuba diteruskan, merana diri. Namun,percayalah satu hari , ia akan berlaku lagi-lagi dan lagi tanpa kesudahan jika anda cuba memupuk perasaan pada orang yang tidak menghormati anda.Tiada gunanya .

Anda sepatutnya berbangga , kerna sudah  berjaya memutuskan hubungan dengan sang penipu :)

Ambilah masa untuk menangis dan berhentilah. Bangun dari pembohongan yang berlaku,belajar memaafkan dan melupakan terus masa lalu itu.  Titik ini adalah sangat berharga dari terus serabut, membenci diri dan membuang masa pada orang yang tidak pernah menghargai.

Sayangi diri
Dan
Percayalah, Allah itu sentiasa ADA
 : )

p/s:  Tiba-tiba menjadi Pakar Kaunseling. kehkehkekehkeh


Tuesday, November 1, 2011

SEORANG , PASPORT DAN SEBUAH BAGASI

saya tamatkan perbualan, pandang telefon , termenung.
..
...
keesokannya ,
saya terus tempah tiket kapal terbang,
tiada persiapan rapi,
cuma anggaran masa, destinasi, dan
wang secukupnya.
10 tahun,
satu dekad saya menunggu untuk ini,
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar
berbekalkan ingatan yang masih disimpan
seorang, pasport dan sebuah bagasi
menemukan saya dengan kerinduan yang tidak berpenghujung.


PEKAN BARU
Pertemuan Sebahagian Keluarga Besar
.
.
.
mengharungi hampir beratus belok dan kelok,
dan ini adalah sangat berbaloi dengan ini:


"Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri"
MUARA LABUH
Koto Baru, Solok Selatan
Sumatera Barat

Kg. Nan Limo

kedudukan tingkap disebelah katil
membuatkan permulaan hari yang hebat,
(tempat menghabiskan masa dengan membaca)


kegemaran


 
 Pasar  Baru, Muara Labuh

disebalik tebing itu , ada anak sungai yang mengalir jernih

teman setia

     sayup-sayup terlihat Gunung Kerinchi

 Rumah Nenek


letaknya cuma 20 langkah dari rumah nenek
 (culas bila sembahyang terawikh, masa kecil selalu aja hilang
nongkrong ama teman di warung )

(rumah gadang : milik keluarga ,sudah terbiar sepi) 
April 2011 : penggambaran Filem "Dibawah Lindungan Kaabah"
karya :Haji Abdul Malik Karim Abdullah (HAMKA)
(cuma 100 meter dari rumah nenek : lokasi Jambatan Kuning)

 pertemuan

Madrasah Desa Lubuk Jaya, Kabupaten Solok
SUMBAR

suatu hari , akan kembali lagi (T-T)
(sila tekan pada gambar untuk saiz gambar yang maksimum)

p/s:  bukan pergi makan angin, sebaliknya pergi mencari diri.