Friday, January 29, 2010

Bintang-Bintang


(1520hours)

Lokasi :planet marikh,


kelihatan 2 pasang jiwa yang saling menyayangi.

(dialog tersebut telah ditranslate dan diadaptasi mengikut keadaan di Bumi)
........




bopren: sayang, i sangat cintakan you


gepren: yeke?berapa banyak?


bopren: seluas angkasa


gepren: sure ke sayang?


bopren: sure. i akan buat apa saja demi you!


gepren: em...kalau macam tu, kira la bintang atas langit tu



bopren: huh!






Sendayu Tinggi


aku dah bosan dengan muka aku.
hah.
bengong.

ini kalau tak berjaya juga
tak tau den nak kece' ghapo
sumpah aku malas tengok jermin

*kira jerawat.

dasar hormon!

Tuesday, January 26, 2010

bercakap pasal kerja

aku jadi penat
penat menjadi seorang "kuli"
seorang workholic yang rindu pada hidup dulu
kata teman " seharusnya ko bersyukur, rezeki ko tak putus"
omelan aku "aku suka itu, tapi jiwa ku sakit"
" tiada masa untuk diri sendiri"
"tiada masa untuk teman"
" tiada masa untuk makan"
"tiada masa buat yang 3 kali ..."
"tiada masa untuk tidur lena"
pengakhiran,
aku jadi pucat, tanpa warna yang menarik
kerana hidup penuh dengan kerja.

lalalalalalalalalala.....hari-hari kerja!
dengan bos yang suka ber "woi-woi"
aku jadi mcam tak syiok...
tak pun dengan opis -yang aku sorang betina
aku jadi takut
dengan fail menimbun dan kadar jenayah yang meningkat
aku jadi bosan
hari -hari buat kerja yang sama
letih la makkkk...nok!
den jadi letih , cepat marah
ohhh
dasyat!
:(

kasihan ...aku ucap diri sendiri

kata pencuri hati " kalau kita fikir mahu berubah, ubah pemikiran"
jadi
aku ubah
"hari ini best, minit mesyuarat tak banyak"
" hari ini seronok , boss den tak manyak cekadak"
"hari ini , pentadbiran bagus..tak menyusahkan idup aku "
" hari ini sangat gumbira, tak de jumpa client"
"jiwa ku rasa seronok , gangguan telefon kurang"

oh apakan daya,
jika khidmat diperlukan
ada betolnya , seharusnya aku rasa bangga, menjadi PA muda
yang penuh dengan selok belok jenayah
ah!
untung-untung jumpa mazidul akmal sidek tree six tee
mana tau dia call aku, mahu maklumat baru
tak pun jumpa IGP yang gagah
mungkin dia sesekali mahu melawat opis den ini

cheh! aku menyedapkan hati sendiri
p/s: sesekali aku mahu pulang, jam 5 petang melihat matahari terbenam..tak pun melepak bersama dengan keluarga tersayang , dengan aman & tenteram :(

Thursday, January 21, 2010

timbang tara




hari ini aku masuk kerja balik
setelah 8 hari membesarkan pinggang yang macam tong drum kat rumah
tuan doktor yang handsom dan gagah itu pun satu ,
kasi aku cuti lama-lama apa pasal, aku menggerutu di hati.
sedang berjalan-jalan membawa fail mesyuarat esok
aku berdiri.
em , cermin biru yang boleh tengok satu badan tu memanggil-manggil

seyh!
vodo vvever...aku tutur mengutuk diri dalam bahasa perancis .
"ah dulu aku lagi gemuk, tapi boleh je kurus"
aku menyedapkan hati

"ok, taknak amik nasi pasni...aku akan diet sepenuh hati"
Die-et
Die- Oat
Die-die

siapla, dalam seminggu aku tak mau makan nasi!!
(mak aku pun satu, masak selalu tak pernah tak sedap..
jadinya aku bertambah nasi berkodi-kodi)

aku duduk, pejam mata..rapat-rapat,
sambil bayang badan si Jessica Alba yang cantik terletak

sambil - sambil aku sedang mencipta badan sendiri dengan imaginasi

- sedang bermeditasi melupakan cik nasi yang manis

********

ahah! pukul 1.00 petang

"em, dia dah mula dah..."
donat yang aku telan sebiji pagi tadi memang tak cukup la untuk tampung badan macam ni...

ah!
aku bergegas turun

makan nasi , taruk ayam kari sama sayur taugeh
kari aku buat sampai berkuah


...cis
...cis dan
...ciss lagi


tak jadi la den nak diet hari ini.
hfmhfhmfhmfhfmmmm

***
p/s :hangat-hangat nasi betol den ni

Friday, January 15, 2010

Mahu Lari

2-3 menjak ,

aku jadi pendengar

jadi pemaham.

jadi penganalisis

jadi pemecah kebuntuan



2-3 menjak

aku jadi emosi

jadi sensetive macam gigi sensetive

tak boleh serba serbi

jadi

aku cepat nangis



2-3 menjak

aku tutup pintu rapat-rapat

aku kunci

biar aku bersendiri.

tak mahu dijumpai.



2-3 menjak

aku selalu bertingkah dengan diri

aku selalu memotret-motret

benda yang aku tidak tahu

yang buat aku jadi bingung

hasilnya

sekadar menconteng kertas



2-3 menjak

tiba-tiba ghairahku pada dunia seperti sudah kelam

aku malas jumpa orang

aku benci berada di khalayak orang

aku mula rasa diri serba tidak kena

aku jadi bengang . kadang-kadang banggang

kalau orang tanya, aku malas -malas nak jawab

aku mahu mengurung diri

membetulkan jiwa yang sedang bertingkah



2-3 menjak

aku mula takut

aku lebih senang berseorangan

aku mahu masuk rumah besar dan kunci aku dari dalam

lagi tidak ada orang kenal aku

lagi bagus

lagi seronok.

sekarang, kalau aku kenal , aku buat-buat tak kenal

supaya diorang tidak tanya aku banyak-banyak.

aku malas.








hilang kata-kata

abih kalau semua depa da tulis,
den tak boleh kata apa aih,
lagipun ilmu den tak bape cukup nak mengulas tentang agama
den pun ado hipotesis sendiri
cuma tak mau jadi natijah bodoh yang dorang sibuk-sibuk jadi propa
bingai namanya.

*********

jadi pemerhati itu lagi baik,
kang terlebeh kata, sudah jadi munafik
lagi sibuk betulkan sembahyang yang lima lagi baik
tak pun betulkan wirid-wirid, tajwid yang nak dibaca
islam itu mudah, islam itu indah,
hang jangan dok buat kaco bilau,
kang abis jadi sesat,
rileks-rileks kat masjid lagi baik
dapat pahala
tak pun buat solat hajat
jangan sibuk dok bertengkar
buat rugi saja
kitakan satu Malaysia
kitakan dibawah Demokratik
biaq dorang pi habis bincang kat Parlimen
kita ada mufti, kita ada Sultan
dan kita sekarang dok brcakap
Pasal Nama Tuhan yang Esa,
Pasal Nama Pencipta sekalian alam

jadi, jangan kasi tambah nasi pada orang yang dah senak perut, nak muntah.
sebab, isu kita tak sama macam di Palestin, atau Bosnia ..

ada cara -cara yang lebih berhemah dan lebih berakal
boleh dibuat pakai,
bukan keganasan.

Monday, January 11, 2010

Prosperity McDonalds


petang di McD 17:42 hrs(lokasi , tidak dinyatakan)

Mimah : ko nak makan ape? try Prosperity mau?
Milah : Mau
Mimah : ayam ke daging?
Milah : aku nak ayam
Mimah : cm tu aku amik daging
Milah : Ok, set

**selepas 10 minit beratur di kaunter Mcdonalds, milah membawa dulang berisi 2 prosperity mcd ke meja mimah

mukadimah perjumpaan penting dikala minggu diisi dengan borak .....


-bla-bla-bla-blah...(perbualan terhenti , mimah sedang menambah sos cili )
Milah : kau tambah cili tak pedas ke? aku da hot dah ni, eh..eh kau ok ke mimah?
(milah bertanya sambil pegang tangan mimah)
Mimah : aku ok, cuma perut ni buat pasal sikit, aku mane biasa makan blackpaper haram jadah masuk kat perut melayu aku .
(mimah mencicah prosperity daging dengan sos cili ..mengunyah
sambil buat muka berkerut-kerut)
Milah : nah , minum air (sambil memberikan air coke cola)
Mimah : oh, thanx ..em ari tu pun aku makan pakai blackpaper
memang tak boleh masuk dengan perut , tak ngam betol
milah : kau makan ape ?
Mimah : aku makan chopstik kuah blackpaper. (confident)


** suasana jadi diam 1 minit...Milah bantai gelak kuat-kuat-kuat.begegar meja.



p/s : chopstik tiada kaitan dengan chickenchop

Friday, January 8, 2010

CERITA SEMALAM I

semalam,
lagi tepat aku sebut
8 Tahun yang lepas :
senang, bertowel oren kecik yang aku selit kat tepi beg sekola
aku beli mase pegi jambori pengakap

cara pakai lagi tak ingat.. zaman –zaman too phat nak naik
dengan anak ayam
time tu , aku minat betol ngn encik malique,
tapi aku naik heran, sebab..aku tak bape minat jadi perempuan
kalau pergi Ko-ko aku senang pakai baju besar-besar
yang aku selalu dapat percuma kalo masuk pertandingan lari-lari
tapi lari rumah ..aku rasa,tak dapat la baju free
Tapi tak pernah dapat saiz tepat untuk badan
selalu dorang kasi baju saiz L takpon XL
untuk badan aku yang sedang-sedang
macam mariah carey tahun 1998

suka betul aku dengan seluar ala-ala baggy
Kasi londeh, lagi besar lagi bagus
Nasib time tu , pekung tak bape popular lagi
Kalau tak mesti aku nak try la kan...
Baru jantan!


Rambut tak pernah panjang
Selalu pendek paras telinga
cakap nak macam brade-brade
lebih puas kalo terajang, penumbuk
silap-silap aku baling kerusi kayu
kadang -kadang merasa juga la pukulan malek nor oleh air tangan lelaki
sampai lebam biji mata den.
Ape barang men tarik-tarik rambut, dengan kaum hawa
Lembik. Cengeng.

Dari kecik , aku kawan dengan lelaki,
kadang-kadang aku tak sedar aku perempuan
Selalu teringat aku yang aku seorang perempuan
bile kene pakai baju kurung

Kawan pun aku senang dengan budak lelaki
budak perempuan itu leceh .
cengeng, mengade,gedik, gosip! Ah!
mase tu anti betul dengan warna pink
tu yang aku malas kawan ngn budak perempuan

aku senang kalau aku jadi lelaki

satu hari ,

aku capai gunting
nak potong rambut lagi, sependek yang mungkin
aku dah pegang, tinggal gerakkan tangan je
terkuit-kuit
tapi , aku tengok dalam cermin –lama-lama-lama
”oh ! aku terlalu comel untuk menjadi lelaki”
aku tengok badan aku dari atas sampai bawah
em....ok , aku cancel nak jadi lelaki

karang mak aku halau , tak mengaku anak
haha

bingai punye budak

Jenguk-Jenguk ke Alam Belog


****tumpang lalu

em, den da ado belog...yey!