Friday, January 15, 2010

Mahu Lari

2-3 menjak ,

aku jadi pendengar

jadi pemaham.

jadi penganalisis

jadi pemecah kebuntuan



2-3 menjak

aku jadi emosi

jadi sensetive macam gigi sensetive

tak boleh serba serbi

jadi

aku cepat nangis



2-3 menjak

aku tutup pintu rapat-rapat

aku kunci

biar aku bersendiri.

tak mahu dijumpai.



2-3 menjak

aku selalu bertingkah dengan diri

aku selalu memotret-motret

benda yang aku tidak tahu

yang buat aku jadi bingung

hasilnya

sekadar menconteng kertas



2-3 menjak

tiba-tiba ghairahku pada dunia seperti sudah kelam

aku malas jumpa orang

aku benci berada di khalayak orang

aku mula rasa diri serba tidak kena

aku jadi bengang . kadang-kadang banggang

kalau orang tanya, aku malas -malas nak jawab

aku mahu mengurung diri

membetulkan jiwa yang sedang bertingkah



2-3 menjak

aku mula takut

aku lebih senang berseorangan

aku mahu masuk rumah besar dan kunci aku dari dalam

lagi tidak ada orang kenal aku

lagi bagus

lagi seronok.

sekarang, kalau aku kenal , aku buat-buat tak kenal

supaya diorang tidak tanya aku banyak-banyak.

aku malas.








No comments:

Post a Comment

woot-wooots :)

Note: Only a member of this blog may post a comment.