Thursday, June 28, 2012

Vous


"c'est difficile à dire,
mais je veux vous le savez
que,

je tombe en amour avec vous
oui,

vous.

vous touchez mon cœur, encore une fois."

Wednesday, June 27, 2012

FALL IN LOVE





with Black



p/s: dalam almari ,  dipenuhi  4/5 pakaian hitam (top to toe) sampai teman saya bosan , katanya 
" hitam lagi?"  (T-T) . hitam itu menawan tau. misteri. hahaha











Thursday, June 21, 2012

"Tentang cinta yang datang perlahan"

Aku kenal dia
lebih sepuluh tahun lepas
hujung bulan tujuh dua ribu satu.

err, aku ingat tarikh itu kerana  itu antara "best moment" kerana berberapa hari lagi Malaysia Merdeka.
sebenarnya acara Perkhemahan Pengakap itu cuma suka-suka sahaja.
aku masih malu berbicara dengan lelaki  (hormon baru nak naik) hewhewhew

entah kenapa , dalam beratus-atau beribu orang yang hadir itu kenapa la aku jumpa kau.
padahal kalau dikira kilometer jarak sekolah, tak lah jauh sangat sekolah aku dengan sekolah kau
tapi dalam hutan beribu-ribu kilometer i itulah jadi titik pertemuan aku jumpa kau
atau kau jumpa aku
seperti satu sumpahan pulak.
bila mana selalu 'dekat' dengan kau.

selepas perkhemahan itu ,aku mula terlupa akan kau
ada juga aku sibuk-sibuk tanya wakil sekolah kau kalau kau ada mana-mana aktiviti daerah
aku rasa kau sendiri tau,(sebab sibuk dengan senior sekolah kau yang seorang tu) hahaha
lama -lama
lost contact.
sehingga habis tingkatan lima ,
aku kerja 'part time' ketika itu di sebuah kedai coklat
di bangunan 88 tingkat itu.
dan aku kaget,kau juga ada kerja dibawah , aras lantai bangunan.
jadi setiap hari selepas pulang kerja , pasti terserempak dengan kau.

kebetulan kau kerja dengan teman di sekolah lama aku.
(complicated sungguh)
Jadi hampir hari-hari aku jumpa kau, sebelum  terhenti kerana masing-masing  menyambung pelajaran

habis belajar juga aku jumpa dia
kebetulan ayah kau membuka gerai  pada hari tertentu di sekitar kawasan perumahan aku
ya, lama-lama aneh betul rasa.
terpaksa aku  akui, aku suka tengok kau
sama ada sengaja, atau tidak , sebolehnya aku berusaha untuk lalu dikedai itu
berpura-pura terserempak kau .


hubungan bagai roda itu buat aku rasa dekat.
kebetulan juga, makciknya adalah teman mama *berangkai-rangkai sungguh*

selepas putus cinta dibatas kota dengan monyet tidak bertali
lagi lah kerap aku jumpa kau, kebetulan kau sudah habis pengajian
ya, kau.
kau yang akan berusaha gigih teman aku bawa kereta tengah malam
kaulah  yang aku jumpa  lepas aku sedar aku sudah dua hari tak mandi  dengan muka kosong,
kau lah yang akan jemput aku tertinggal keretaapi selepas jam 12 malam,
walaupun time itu kau sangat penat. kau dengan gigih muncul seperti superhero ditengah malam

asik-asik jumpa kau.
dan kadang-kadang aku cuba buat terserempak dengan kau
berpura-pura berwajah serius. *padahal hati aku berbunga-bunga.
tapi dalam banyak benda yang aku komplin dekat kau,
yang aku buat-buat serius itu,
sebenarnya, aku suka
aku suka bila kau cuba buat aku gembira , walaupun time itu aku buat muka malas nak layan
aku suka bila kau melalak dengan aku dalam kereta  walaupun picthing kau lari
aku suka bila kau telefon aku semata-mata nak bagi dengar ciptaan-ciptaan kau yang aku selalu kata ntah hapa-hapa tu,
aku suka tengok kau control muka kau sesabar yang mungkin, walaupun kau dah berpeluh-peluh sebab aku sengaja biar kau berjam-jam menunggu dalam tengah panas,
aku suka teman kau pegi kedai buku, walaupun tak lah hari-hari aku jumpa kau baca buku
aku suka kau bagi ceramah kat aku, dengan selembut yang mungkin  (selalunya nada tegas )
aku suka telefon kau, semata-mata nak dengar suara kau.
dalam sesetengah tempat,  curi-curi pandang, aku suka melihat ketokohan kau melayan anak-anak kecil
aku suka bila kau bising-bising suruh aku balik awal dari pejabat.
aku suka bila kau panggil aku dengan nama timangan aku
aku suka bila kau 'sorokan' aku masa budak-budak sibuk bermoshing, masa kita pergi event gig zaman belia dulu.
aku suka tengok keyakinan kau bila kau bercakap soal jodoh
aku suka hidu bau , bau perfume kau yang bercampur bau keringat *aku suka curi hidu dari belakang .
aku suka berdebat dengan kau , dengan kau yang tak suka kalah tu.
pernah suatu hari, kau pandang aku. entah kenapa, selama ini sebolehnya kau larikan mata kau,
tapi kali itu, kau pandang aku lembut dan bersinar-sinar*im blushing.
aku suka bila kau hulur tangan lengan  baju kau , suruh aku lipat , betulkan baju, dan kemaskan rambut kau.


err, walaupun aku cuba buat-buat garang dan taff depan kau,
aku suka semua tentang kau,



"kahwin jelah dengan aku" kata kau .





Monday, June 18, 2012

Khayal Penyair




"mengapa kau mengkhayal
khayal mengoda hati
mengapa kau mengkhayal 
khayal menggoda hati
kerna aku haus, pada keindahan
bagai musafir haus ditengah padang pasir
berhajat akan minum , seteguk air."

Seniman S.Effendi ini sangat berpengaruh dalam perkembangan tumbesaran saya
Halwa telinga saya selalu dipenuhi  oleh lagu-lagu beliau ,The Mercy's, Titek Shandora, Mukhsin , D'lloyd dan Dato' Ahmad Jais
kerana papa, antara peminat tegar mereka.
jadi jangan heran , saya orangnya  agak evergreen juga. 
hahahaha
betapa pengaruh Encik Eddy (Papa) itu sangat kukuh dalam diri saya
walaupun ramai yang mengatakan wajah saya serupa mama, tapi
jiwa saya lebih kepada papa saya yang seorang itu.

Paling manja dan paling kuat menggedik dengan Papa, walaupun terpaksa dikongsikan bersama
dua saudara perempuan yang lain,

melihat ayah sebagai lelaki yang sangat banyak sabarnya melayan anak gadisnya yang degil ,
buat saya sangat kagum dengan Papa,
betapa setianya dia , dan luhurnya dia menjadi seorang bapa.

Nasihatnya : "apapun keputusan Ni, pilih dan buatlah yang terbaik"


"Selamat Hari Bapa, Encik Eddy Saya"

p/s: pernah ditegur oleh bekas ketua saya, katanya "kamu ni lahir tahun berapa sebenarnya?" asal karaoke , pasti saya belasah lagu lama-lama. paling koman pun rock 80 an. 

Thursday, June 14, 2012

Aturnuhun Bandoeng :)



Ama si Dedek , Acarmanik
Pasar baru 












Rumah Mode


ceritanya udah sedikit basi sebenarnya,
berdua bersama teman baik ,
memenuhi keinginan-keinginan para wanita yang 
gemar "memegang beg plastik tangan penuh kiri dan kanan"

alhamdulilah , 
hampir 5 hari disana.
menikmati indahnya kota Paris Van Java
bertemu saudara merangkap teman baik mama.



secara tak langsung membeli barang tunangan.

Hewhewhewhewhew 

.
.
.
.


Kawah Ratu, Tangkuban Parahu


p/s: dah se-bulan baru nak hapdate? bizi katanya. hehehee

Wednesday, June 6, 2012

Sweet Dreams






My guilty pleasure, I ain't going no where
As Long you're here. I'll be floating on air

Cause you're my
sweetheart


p/s: jatuh cinta buat diri jadi aneh . Orang sibuk berinai, dia pon nak berinai juga. hewhewhewhew