Thursday, February 23, 2012

After Six

Nato', Paie, Dayah, Achot, Nuni , Baby, Fariza, Atteya 
Kredit to Me



Monday, February 20, 2012

Bulan Yang Sibuk



"kalau kau memilih untuk pergi, aku sudah tidak mampu untuk halang kau "

"sudah tidak kuasa kudrat aku bertahan untuk kau yang tidak pernah ada"


Jemah meratip ratip dalam sendu , menangis tertahan, sambil meracik-racik rumput dihalaman rumah bekas kekasih nya yang bernama - Osman Pesek.
marah dan sedih.


ok, itulah drama hari ini,
sebab seminggu kemudian
Jemah tersenyum-senyum kambing bergesel-gesel dengan John Abraham yang kacuk itu.


p/s: err.. Jemah adalah seekor kambing betina tempatan. jadi biasalah...kambing juga kadang-kadang "demand".

Come As You Are






p/s: terima kasih untuk jiwa-jiwa yang selalu ada, tangan-tangan yang menyambut ketika jatuh.

Wednesday, February 15, 2012

Nur Azreen Sya :)





Budak bijak yang mengada ini :
baru dua tahun empat bulan
dijaga sejak usianya sehari
tidak suka makan benda lembik.
suka menyibuk ketika orang sedang bersolat-mangsanya :my moma
suka kunyah keropok
mendengar muzik
menghafal lagu cinta dan bernyanyi dalam note lagu yang tidak difahami
tidak suka bermain anak patung- lebih gemar bermain bola
suka mengadu, garang-garang macam gengster.
saya memanggilnya "isteri abang"
suka bergayut dalam telefon dalam bahasa Jerman 
suka berlagak seperti 7 tahun
"anyi, angli bird!"
ahah! dia gilakan kamera
Sponge Bob Square pants: ya, dia lah peneman saya kala menonton rancangan terbabit.
penghilang stress
oh, sebenarnya saya bukan ada dia sahaja. ada 3 orang lagi dirumah:
Nurul Hafizah, Nur Ain Safiya, Nur Aireen Sofia
dan merekalah cinta hati saya :)


p/s: oleh kerana saya suka mencolek dia dari mummynya: maka mummyna pesan:  cepat-cepat lah kahwin, cepat dapat anak (T-T)


Sunday, February 12, 2012

khazanah


sedang mengemas bilik.

menemukan sebuah kotak kertas usang
yang cantik terletak diatas almari
diselaputi debu tebal menandakan
kotak itu sudah  lama tidak dibersihkan
dibuka perlahan lahan sambil
tangan menari-nari mengirai habuk
yang menempel.
tersenyum .
setiap khazanah didalamnya
terkandung seluruh mak nenek memori
yang hampir pudar.
kad-kad ucapan teman, cenderamata,
teddy bear, nota-nota , diari lusuh
dan
termasuk surat cinta pertama
dari seorang bekas debator sekolah.
*sempat kenyit-kenyit masa semasa bentang hujah. haha
beralamat United Kingdom.




















p/s: Sayang nak buang. *senyum-senyum sendiri