Thursday, June 21, 2012

"Tentang cinta yang datang perlahan"

Aku kenal dia
lebih sepuluh tahun lepas
hujung bulan tujuh dua ribu satu.

err, aku ingat tarikh itu kerana  itu antara "best moment" kerana berberapa hari lagi Malaysia Merdeka.
sebenarnya acara Perkhemahan Pengakap itu cuma suka-suka sahaja.
aku masih malu berbicara dengan lelaki  (hormon baru nak naik) hewhewhew

entah kenapa , dalam beratus-atau beribu orang yang hadir itu kenapa la aku jumpa kau.
padahal kalau dikira kilometer jarak sekolah, tak lah jauh sangat sekolah aku dengan sekolah kau
tapi dalam hutan beribu-ribu kilometer i itulah jadi titik pertemuan aku jumpa kau
atau kau jumpa aku
seperti satu sumpahan pulak.
bila mana selalu 'dekat' dengan kau.

selepas perkhemahan itu ,aku mula terlupa akan kau
ada juga aku sibuk-sibuk tanya wakil sekolah kau kalau kau ada mana-mana aktiviti daerah
aku rasa kau sendiri tau,(sebab sibuk dengan senior sekolah kau yang seorang tu) hahaha
lama -lama
lost contact.
sehingga habis tingkatan lima ,
aku kerja 'part time' ketika itu di sebuah kedai coklat
di bangunan 88 tingkat itu.
dan aku kaget,kau juga ada kerja dibawah , aras lantai bangunan.
jadi setiap hari selepas pulang kerja , pasti terserempak dengan kau.

kebetulan kau kerja dengan teman di sekolah lama aku.
(complicated sungguh)
Jadi hampir hari-hari aku jumpa kau, sebelum  terhenti kerana masing-masing  menyambung pelajaran

habis belajar juga aku jumpa dia
kebetulan ayah kau membuka gerai  pada hari tertentu di sekitar kawasan perumahan aku
ya, lama-lama aneh betul rasa.
terpaksa aku  akui, aku suka tengok kau
sama ada sengaja, atau tidak , sebolehnya aku berusaha untuk lalu dikedai itu
berpura-pura terserempak kau .


hubungan bagai roda itu buat aku rasa dekat.
kebetulan juga, makciknya adalah teman mama *berangkai-rangkai sungguh*

selepas putus cinta dibatas kota dengan monyet tidak bertali
lagi lah kerap aku jumpa kau, kebetulan kau sudah habis pengajian
ya, kau.
kau yang akan berusaha gigih teman aku bawa kereta tengah malam
kaulah  yang aku jumpa  lepas aku sedar aku sudah dua hari tak mandi  dengan muka kosong,
kau lah yang akan jemput aku tertinggal keretaapi selepas jam 12 malam,
walaupun time itu kau sangat penat. kau dengan gigih muncul seperti superhero ditengah malam

asik-asik jumpa kau.
dan kadang-kadang aku cuba buat terserempak dengan kau
berpura-pura berwajah serius. *padahal hati aku berbunga-bunga.
tapi dalam banyak benda yang aku komplin dekat kau,
yang aku buat-buat serius itu,
sebenarnya, aku suka
aku suka bila kau cuba buat aku gembira , walaupun time itu aku buat muka malas nak layan
aku suka bila kau melalak dengan aku dalam kereta  walaupun picthing kau lari
aku suka bila kau telefon aku semata-mata nak bagi dengar ciptaan-ciptaan kau yang aku selalu kata ntah hapa-hapa tu,
aku suka tengok kau control muka kau sesabar yang mungkin, walaupun kau dah berpeluh-peluh sebab aku sengaja biar kau berjam-jam menunggu dalam tengah panas,
aku suka teman kau pegi kedai buku, walaupun tak lah hari-hari aku jumpa kau baca buku
aku suka kau bagi ceramah kat aku, dengan selembut yang mungkin  (selalunya nada tegas )
aku suka telefon kau, semata-mata nak dengar suara kau.
dalam sesetengah tempat,  curi-curi pandang, aku suka melihat ketokohan kau melayan anak-anak kecil
aku suka bila kau bising-bising suruh aku balik awal dari pejabat.
aku suka bila kau panggil aku dengan nama timangan aku
aku suka bila kau 'sorokan' aku masa budak-budak sibuk bermoshing, masa kita pergi event gig zaman belia dulu.
aku suka tengok keyakinan kau bila kau bercakap soal jodoh
aku suka hidu bau , bau perfume kau yang bercampur bau keringat *aku suka curi hidu dari belakang .
aku suka berdebat dengan kau , dengan kau yang tak suka kalah tu.
pernah suatu hari, kau pandang aku. entah kenapa, selama ini sebolehnya kau larikan mata kau,
tapi kali itu, kau pandang aku lembut dan bersinar-sinar*im blushing.
aku suka bila kau hulur tangan lengan  baju kau , suruh aku lipat , betulkan baju, dan kemaskan rambut kau.


err, walaupun aku cuba buat-buat garang dan taff depan kau,
aku suka semua tentang kau,



"kahwin jelah dengan aku" kata kau .





No comments:

Post a Comment

woot-wooots :)

Note: Only a member of this blog may post a comment.