Wednesday, November 23, 2011

Gadis kecil bernama SUE

Hari ini duapuluhtiga haribulan.
Hari ini hari lahirnya yang ke duapuluhtiga tahun
Sedar tak sedar , sudah sepuluh tahun saya berdamping dengannya
walau sudah bertahun berjauhan
ia bukan alasan untuk berhenti menyemai kasih
Teman sebelah meja dari tingkatan satu –tingkatan tiga (sebelum bertukar sekolah)
Guru matematik
Pengkritik rasmi
Kaunselor
Dan sahabat terbaik
selepas bertugas ”pengawal  pagar belakang kantin sekolah”
(kaki ponteng selalu memilih port ini)
Maka dibawah meja sekolah yang tenganga  itu  pasti ada sebungkus kuih
Dibelikan untuk saya , kerana katanya saya jarang makan tengahari.
Ya, dia seorang yang sangat peduli dengan waktu makan saya
Hari ini hari lahirnya yang keduapuluhtiga.
Semoga Tuhan selalu bersamanya, dirahmati dan dimurahkan rezeki  J
Selamat hari lahir Sobat.



p/s: bila tukar sekolah , markah matematik saya down sedikit- takda tutor peribadi. 

No comments:

Post a Comment

woot-wooots :)

Note: Only a member of this blog may post a comment.