Tuesday, June 22, 2010

PUDU JAIL


selalu kalau orang tanya den keje kat mana
den selalu susah nak jawab
den cuma akan bagi tau tempatnya sahaja
den akan jawab
"depan PUDU JAIL"

kalau orang nak tanya opis den kat mana
atau macam mana nak pegi opis den
den akan selalu jawab

"blue white building, front of PUDU JAIL"

" you can saw tjunction , front of PUDU JAIL, its behind of street
sir"

ada sekali aku tengok dalam filem P.RAMLEE di tivi
aku lupa tajuknya, tak silap di filemkan
kira-kira tahun 60 an
jalan Hang Tuah ketika itu
cuma ada gah dengan bangunan penjenayah.
bangunan warna putih dengan tulisan jawi "PUDU JAIL "
saja yang aku nampak .

aku selalu intai2 kat depan pejabat aku
dari atas, merenung ke bangunan usang itu
agaknya kalau PUDU JAIL beroperasi lagi
boleh lah den tengok banduan-banduan mandi .
adalah penyeri den pagi-pagi.

sayangnya , orang tak nilai semua sudut yang terdapat
dalam bangunan yang pernah di diami Mona Fendy dengan Botak Chin tu
walau selalu berada di depan bangunan usang itu
den masih gagal berkesempatan untuk buat kunjungan
sehingga tembok mural yang dilukis KHONG YEN CHONG itu dirobohkan

selalu den tenung dalam-dalam
masa mahu melintas menuju elarti jalan Hang Tuah
cuba meletakkan empati dan simpati den sendiri
memikirkan perasaan -perasaaan homosapien
yang terpisah dengan dunia luar
di atas kesilapan dan kegilaan yang pernah mereka lakukan dahulu
di dalam kamar kecil
dihalang tembok yang dulu sangat gagah

dan kalau ia dirobohkan
den susah nak jawab
"kau keje kat mana hapam"
"depan.....er...er....er"

p/s :memang betol-betol tinggal sejarah

No comments:

Post a Comment

woot-wooots :)

Note: Only a member of this blog may post a comment.