Monday, June 21, 2010

Padan Muka Aku.

esok aku akan mati
mati di bawah pokok mangga
betul-betul atas angin
dan kau
aku akan pastikan kau
melihat aku dalam-dalam
sedalam kau merenung aku
ketika kau lihat aku
di Petaling Street itu
(ketika itu kau hulur lima puluh sama apek cina dengan senyuman berbunga-bunga)

tapi kali ini
kali penghabisan ini
aku akan pastikan kau masih merenung aku
untuk kau kenal betapa hebatnya aku
walau renungan kau
sudah tidak seperti pertama kali
karna aku sudah hodoh dan buruk
dan aku sangat pasti kau takkan kenal aku lagi
tidak akan mampu mengetahui yang kau lihat itu aku
aku benci
dan merasa sangat bangga kerana kau sudah
tidak mengenal aku
balasan untuk orang- orang yang sudah membuang aku
padan muka kau
kau akan tahu betapa kesalnya hidup kau
kau akan rasa sakit
dan benci
tanpa aku
Padan Muka!




P/S:nak buang pun serba salah. tapi kene buang juga. kat pejabat mana boleh bersneakers .

No comments:

Post a Comment

woot-wooots :)

Note: Only a member of this blog may post a comment.