Tuesday, March 13, 2012

Cita-cita dan Hujung Minggu

Selalunya
hanya dirumah.
tergantung juga
kadang-kadang berpeleseran di kota
di gedung-gedung .
menonton wayang,
menghadiri bengkel kecil atau apa-apa sahaja
buat yang gadis yang tidak berapa remaja.
melangkaui usia yang dulu sibuk dengan tugasan 
atau aktiviti sekolah 
dan kini dengan alasan anjakan paradigma
mula sibuk hadir majlis orang kahwin, jemputan rasmi,
mencuci mata, bertemu teman-teman,
pillow talk atau cuma bemalas-malasan dirumah 
samaada membaca atau menonton bersama keluarga ,  
err, tapi selalunya dipenuhi tidur yang lebih panjang.
qada tidur kata orang.

Waktu sekarang :hujung minggu selalu berbaki
tidak tahu nanti.
moga-moga dipermudahkan urusan
moga-moga sampai juga ke sana,
moga-moga tidak kekok memegang pen dan kertas
moga-moga tidak tidur di dalam kelas.
moga-moga tidak culas.

Semoga Allah mempermudahkannya nanti 
empat tahun tidak lama*menyedapkan hati 
:)


p/s: selalu hujung minggu, rak penuh terisi baju kurung berderet-deret yang selesai digosok

No comments:

Post a Comment

woot-wooots :)

Note: Only a member of this blog may post a comment.