Thursday, April 5, 2012

HIJRAH ANA



“kenapa Ana tidak boleh menyertai kamu?”
Ana menangis ,
perasaan Ana keliru, Ana sebal, Ana marah
Mereka hanya memandang Ana , diam
Dari tadi mereka diam.
Soalan Ana tidak dijawab, Ana menangis teresak-esak
Ana merasa hairan, “salah saya apa?”
Dan kemudian , seorang wanita manis , menjawabnya dengan tenang
“kerana awak ...tidak serupa kami ,sayang”
Ana memandang dirinya dari atas ke bawah. Dan dia mula meraba-raba kepalanya
Seperti ada yang sangat kurang disitu.
Wanita berwajah manis tadi mengangguk.
mengiyakan kepastian yang Ana mahu.
Wajahnya sungguh berseri-seri.

Dan kemudian sekumpulan wanita yang lengkap berjilbab dan berjubah putih yang tersenyum itu
 hilang dibalik  cahaya terang benderang.


Pagi itu, Ana menangis. Ya, dia menangis dalam tidurnya
dikesat air matanya yang kering itu
dia kembali diam,
mengucap panjang, dan cuba berfikir.
Persolan yang tidak dijawab dari mimpinya tadi
Dia memandang cermin ,
Perlahan-lahan dia gapai selendang hitam yang dibelinya kelmarin.
Di tutup di atas mahkotanya yang indah mengikal
Dan dia menangis kembali.


No comments:

Post a Comment

woot-wooots :)

Note: Only a member of this blog may post a comment.