Tuesday, March 6, 2012

INSOMNIA


sudah berminggu- minggu berkeadaan begini
sampai satu tahap,
susah betul rasa bernafas
larian semakin kencang
berat sungguh kepala
dan pada rasa yang sungguh celaka itu
satu sahaja yang terfikir
berhenti.
aku cuma mahu tidur
bermimpi untuk sehari atau buat beberapa lama
sereberum, mendula oblongata, semuanya sudah nyawa-nyawa ikan
seperti membisikan di telinga: berhenti sayang,berhenti sekejap.
berfikir dengan rasional juga sukar
berjalan dengan lurus juga terasa aneh
bercakap juga aku terasa gagap
dan bulatan-bulatan hitam di sekitar mata sudah menyapa
mood juga berubah-rubah seperti perempuan hamil
berhenti.
berhentilah sekejap wahai sayang.

betul,
aku cuma mahu tidur
aku cuma mahu berhenti sekejap
aku mahu pejam mata, bermimpi
aku jadi penat dengan diri sendiri
dalam tidur aku masih berfikir, mencongak, membuat sifir kalah mati
seperti ketika aku menulis ini jam  0245hrs
aku masih sukar tidur,
melintang susah, kekiri susah,
cuba menenangkan diri: berhentilah sekejap-
sedang tidur juga masih merancang stratergi
seperti sang laksamana persiapan perang hari esok
padahal aku berlu berehat
badan aku penat.
rasa mahu menangis
menangis, suruh berhenti
aku perlu tidur
aku perlu rehat
aku cuma perlu bahu,
untuk sambut kepala aku

aku perlu bahu kau buat aku tidur.


Ampang ,

No comments:

Post a Comment

woot-wooots :)

Note: Only a member of this blog may post a comment.