Tuesday, August 2, 2011

NORA ZAIN

Nora datang menemui saya di kamar, rambut panjang tak terurus,
mata yang sembab , cekung dan sedikit susut. 
menangis teresak-esak tak berhenti.
sepertinya -seperti yang dulu
penuh perasaan dia menagis.
sehingga matanya yang bening itu merah-merah-merah,
hujung hidungnynya pula menampakan cecair jernih.
air mata, seperti hujan, tak berhenti. walau sudah 15 minit saya biar keadaannya begitu,
saya biarkan sekotak tisu itu pada dia,
"kalau mahu menangis, menangislah sepuasnya"
saya biarkan dia bertelaku macam anak kecil yang sesat di tengah kota.
sekejap-sekejap dia hembus hidungnya, dengan airmata tak berhenti.
"sakit nip, hati aku terlalu sakit....." suaranya yang halus terdengar perlahan
sesudah hampir reda tangisnya saya peluk badannya yang kecil sedikit dari saya
usap air matanya,mata beningnya membuktikan sebenarnya-jiwanya hancur.
hancur sekali.

Nora Zain- teman sedarjah yang paling hampir jiwanya dengan saya
dia menjalin cinta hampir sudah lama, lebih lama dari rekod saya yang setahun lebih itu.
empat tahun dia menyulam janji bersama si pondan (Zack) itu.(bukan setakat pondan sahaja sebenarnya)
ya, saya gelarnya pondan, kerana putusnya hanya di skrin telefon bimbit
dan menyepi membuang teman saya itu,
walhal Nora Zain:cintanya tak berbelah bahagi pada lelaki yang dia fikir itulah calon yang paling tepat untuk dirinya. Dia sanggup lakukan apa sahaja, walaupun sebahagian duit gajinya diberikan untuk lelaki hidung belang itu. Dia terlalu naif, lurus, dan lembut hati. Dia mahu cerita cintanya berakhir seperti Shah Jahan.
Mengharapkan seorang lelaki mencintai dia sepenuh jiwa-sebagaimana dia cintakan lelaki itu, biarpun telah mati. Ya, degilnya dia menunggu seorang durjana seperti Zack.

Sebenarnya sudah banyak dinasihatkan dahulu :
"Hati-hati, si Zack itu lelaki buaya, dia playboy paling agung di kampus"
tetapi teman saya yang lembut hatinya itu, memekakan jiwa dan telinganya.
demi cinta yang dirasakan agung itu dan dia rasa Zack mahu berubah.
sihidung belang tetap hidung belang, padamlah macam mana, belangnya tetap terlihat

Kesudahannya, setelah lama Zack menghilang,Nora yang ditinggal resah
dan bercampur baur emosi itu, telah membuat satu perkara yang kadang-kadang jauh dek akal
Nora nekad, dia ke rumah bujang Zack terletak dipinggir kota
Nora temui Zack di dalam rumah bersama wanita yang hampir separuh bajunya ditanggalkan
dan selebihnya tidak dapat diceritakan
ya , cerita ini sangat ironi sekali sebenarnya.


Ya, saya faham. Hatinya hiba sekali, ditinggal pergi macam sampah.
seperti mana kata Fynn Jamal ."semua orang pasti pernah ada suatu  pernah"
jadi saya faham , kerna pernah merasakan semuanya.
sebenarnya-sebenarnya-sebenarnya....
sudah berkali-kali sebenarnya sesi itu berlaku.
tapi kali ini , ia seperti tidak dapat dibendung barangkali
saya hilang kata-kata, tidak tahu mahu nasihat apa lagi.
Allah itu selalu memberikan yang terbaik,
setiap pahit yang ditempuhi, pasti ada ganjaranya
: saya mengharapkan  kebahagiaan pada Nora .

"Seperti mana ia datang
seperti itu ia pergi.
jadi,  kemaskan semua "yang lepas-lepas"
kumpulkan dan bakar
biar  terbakar sampai abu
dan pastikan semuanya musnah
seperti mana ia dimusnahkan
jangan ada satu pun yang tertinggal.
JANGAN!"

p/s: Cerita ini, berkisar pengalaman lama : kata orang tua- Sudah basi.

No comments:

Post a Comment

woot-wooots :)

Note: Only a member of this blog may post a comment.