Thursday, August 18, 2011

PAPA

Lelaki berkulit sawo matang dan sedikit hitam akibat panahan matahari itu , masih cuba tersenyum kepada saya

Dengan matanya yang bening dan tahi lalat hidup di pipi kanannya , dia masih memandang saya dengan penuh cinta.

“Papa , tak rindukan Hani ke?” saya pandang jejaka lewat 50-an itu sambil sambil membenam wajah saya ke dadanya.

Sedih.

Wajahnya yang terlihat cuba tersenyum itu seperti tidak bermaya bersama tunggul-tungggul janggut yang tumbuh meliar di wajahnya. Sedih melihatnya seperti tidak terurus begitu, selalu dalam tempoh tiga minggu saya akan gutingkan rambutnya atau menjadi reminder untuk mengemaskan rambutnya.

Kejadian di awal tahun itu masih kemas dalam ingatan ini.

Ya …masih saya ingat , ketika itu tahun 2005. Ketika saya sedang sibuk dengan pementasan sajak di sekolah , dan tiada baju kurung yang elok untuk dipakai diatas pentas, segan meminjam dari teman sebilik. Lalu ku pinta papa , menghantarkan baju kurung merun berbunga kuning kecil-kecil. Satu-satunya baju kurung yang cantik ditempah mama untuk ku sempena Hari Raya dua tahun yang sudah. Satu-satunya untuk anak berpendapatan sederhana seperti keluarga saya.

Papa tiba hampir mahgrib , bertolak dari KTM Sg Buloh , dan menaiki bas Selangor , dia tiba di laman asrama sekolah, dengan sedikit kurus dan comot sambil memegang bungkusan berbalut surat khabar yang diisi baju kurung merun seperti yang saya titip pagi tadi.

Dia berdiri dihadapan saya,terasa  dihujung mata terasa panas, manik-manik air meluncur  keluar dari mata saya perlahan-lahan, papa baru kehilangan ibunnya merangkap nenek saya seminggu dulu, sebagai anak yang paling rapat dengan ibunya, pemergian nenek meninggalkan kesan mendalam pada papa. Sangat terdalam.

Dan ketika saya menemuinya di sekolah , dia baru pulang dari menziarahi makam nenek di selamat dikebumikan di kampung jauh di seberang Selat Melaka .

Saya renung wajahnya dengan sayu, sedikit mata saya berkaca dek tertahan tangisan yang dalam , bersama rindu dan hiba, saya kucup tangannya dengan emosi tertahan,

Saya bisikan perlahan dengan takungan air mata yang akhirnya jatuh berjurai.

“Papa, jangan begini , jangan buat hani begini..papa masih punya hani, Kakak, Adik dan Mama”

Sedih melihat papa tidak terurus, dia kehilangan jiwa pada sudut mata saya. Rindu pada ibunya buat dia selalu bersedih, dan saya tidak ada di sampingnya disaat itu. Terbelenggu di dengan aktiviti tahunan di asrama. Hanya khabar melalui telefon sahaja yang mampu dilakukan saat itu.

“Hani masih perlu papa” aku berbisik perlahan.

Saya menangis. Dia memandang dengan perasaan yang dalam dan terpamer melalui matanya seakan-akan kehilangan cahaya. Mengelus rambutku perlahan.

“Baiklah, balik nanti papa cukur misai dan janggut, rambut kasi kemas.”

Saat itu, saya berjanji tidak akan membuat dia bersedih, atau apa-apa sahaja yang mampu meragut kebahagiannya.

Biarlah papa selalu tersenyum.


 SELAMAT HARI LAHIR YANG KE -57 TAHUN ,PAPA.
semoga dia di panjang umur, di murah rezeki, dipenuhi setiap keinginan dan cita-citanya
dan diberkahi perjalanan hidupmu oleh Allah
LOVE YOU PAPA

p/s :Teman terbaik saya, jiwa dan kecintaan saya.



No comments:

Post a Comment

woot-wooots :)

Note: Only a member of this blog may post a comment.