Thursday, February 18, 2010

mimpi semalam

tahun ini sudah 3 kali aku mimpi dia
campur 6 bulan tahun lepas 5 kali aku mimpi

yang aku mimpi sebentar tadi
dia pandang aku
pandangan yang cukup sayu
aku kerling dia

ada butir air mata dihujung matanya yang bundar itu
"kak ni, **** minta maaf"
sudah hampir setahun kita begini

aku masih diam dan berpeluk tubuh
dan
aku akhiri dengan pelukan yang erat
"lain kali , jangan buat kak ni macam ini lagi. sakit. rindu. Tau!"
aku rangkul dia dengan mengelap airmatanya


enak betul mimpi pagi tadi
rindu itu buat aku bermimpi seperti itu
aku memang marahkan dia, tapi seharusnya marah aku tidak harus berpanjangan
kerana Ego dan marah sayang aku
jadi merajuk
hampir setahun aku merajuk
padahal aku rindu dia
rindu dengan omelan
rindu dia yang selalu membebel kalau aku lambat siap,
rindu makan sepinggan , menu yang selalu dipesan ,hampir sama setiap kali
rindu dia yang selalu teman aku di taman KLCC setiap sebulan
rindu dia yang akan teman aku tidur,

sambil pakai bedak sejuk tidur berdua di single bed, berhimpit2
rindu dia yang selalu bawa round dengan motor nyamuknya



tapi setiap kali aku telefon temannya ,
aku seperti malas bertanyakan dia
sedangkan hati aku memberontak mahu bertanya
ah!

Ego aku kadang-kadang buat perasaan macam batu!
aku jadi seperti konflik diri,
mahu terima , buka tangan untuk mengubah keadaan
atau
mahu dia datang , berjumpa aku

rasa seperti nenek -nenek yang terasa hati dengan cucu :P

Dem! kenapa mesti yang wujud itu mimpi?

p/s: "kakak ni, tak pernah merasa marah pada kamu dik!"

No comments:

Post a Comment

woot-wooots :)

Note: Only a member of this blog may post a comment.