Thursday, January 21, 2010

timbang tara




hari ini aku masuk kerja balik
setelah 8 hari membesarkan pinggang yang macam tong drum kat rumah
tuan doktor yang handsom dan gagah itu pun satu ,
kasi aku cuti lama-lama apa pasal, aku menggerutu di hati.
sedang berjalan-jalan membawa fail mesyuarat esok
aku berdiri.
em , cermin biru yang boleh tengok satu badan tu memanggil-manggil

seyh!
vodo vvever...aku tutur mengutuk diri dalam bahasa perancis .
"ah dulu aku lagi gemuk, tapi boleh je kurus"
aku menyedapkan hati

"ok, taknak amik nasi pasni...aku akan diet sepenuh hati"
Die-et
Die- Oat
Die-die

siapla, dalam seminggu aku tak mau makan nasi!!
(mak aku pun satu, masak selalu tak pernah tak sedap..
jadinya aku bertambah nasi berkodi-kodi)

aku duduk, pejam mata..rapat-rapat,
sambil bayang badan si Jessica Alba yang cantik terletak

sambil - sambil aku sedang mencipta badan sendiri dengan imaginasi

- sedang bermeditasi melupakan cik nasi yang manis

********

ahah! pukul 1.00 petang

"em, dia dah mula dah..."
donat yang aku telan sebiji pagi tadi memang tak cukup la untuk tampung badan macam ni...

ah!
aku bergegas turun

makan nasi , taruk ayam kari sama sayur taugeh
kari aku buat sampai berkuah


...cis
...cis dan
...ciss lagi


tak jadi la den nak diet hari ini.
hfmhfhmfhmfhfmmmm

***
p/s :hangat-hangat nasi betol den ni

2 comments:

  1. yeyeah..ak da leh coment2 kat blog hani!!
    haha..welocome to new world

    peh!!
    azam kuat siot!!!
    oi...jgn diet je
    senam skali!!

    ReplyDelete

woot-wooots :)

Note: Only a member of this blog may post a comment.