p/s: dalam almari , dipenuhi 4/5 pakaian hitam (top to toe) sampai teman saya bosan , katanya " hitam lagi?" (T-T) . hitam itu menawan tau. misteri. hahaha
Aku kenal dia
lebih sepuluh tahun lepas
hujung bulan tujuh dua ribu satu.
err, aku ingat tarikh itu kerana itu antara "best moment" kerana berberapa hari lagi Malaysia Merdeka.
sebenarnya acara Perkhemahan Pengakap itu cuma suka-suka sahaja.
aku masih malu berbicara dengan lelaki (hormon baru nak naik) hewhewhew
entah kenapa , dalam beratus-atau beribu orang yang hadir itu kenapa la aku jumpa kau.
padahal kalau dikira kilometer jarak sekolah, tak lah jauh sangat sekolah aku dengan sekolah kau
tapi dalam hutan beribu-ribu kilometer i itulah jadi titik pertemuan aku jumpa kau
atau kau jumpa aku
seperti satu sumpahan pulak.
bila mana selalu 'dekat' dengan kau.
selepas perkhemahan itu ,aku mula terlupa akan kau
ada juga aku sibuk-sibuk tanya wakil sekolah kau kalau kau ada mana-mana aktiviti daerah
aku rasa kau sendiri tau,(sebab sibuk dengan senior sekolah kau yang seorang tu) hahaha
lama -lama
lost contact.
sehingga habis tingkatan lima ,
aku kerja 'part time' ketika itu di sebuah kedai coklat
di bangunan 88 tingkat itu.
dan aku kaget,kau juga ada kerja dibawah , aras lantai bangunan.
jadi setiap hari selepas pulang kerja , pasti terserempak dengan kau.
kebetulan kau kerja dengan teman di sekolah lama aku.
(complicated sungguh)
Jadi hampir hari-hari aku jumpa kau, sebelum terhenti kerana masing-masing menyambung pelajaran
habis belajar juga aku jumpa dia
kebetulan ayah kau membuka gerai pada hari tertentu di sekitar kawasan perumahan aku
ya, lama-lama aneh betul rasa.
terpaksa aku akui, aku suka tengok kau
sama ada sengaja, atau tidak , sebolehnya aku berusaha untuk lalu dikedai itu
berpura-pura terserempak kau .
hubungan bagai roda itu buat aku rasa dekat.
kebetulan juga, makciknya adalah teman mama *berangkai-rangkai sungguh*
selepas putus cinta dibatas kota dengan monyet tidak bertali
lagi lah kerap aku jumpa kau, kebetulan kau sudah habis pengajian
ya, kau.
kau yang akan berusaha gigih teman aku bawa kereta tengah malam
kaulah yang aku jumpa lepas aku sedar aku sudah dua hari tak mandi dengan muka kosong,
kau lah yang akan jemput aku tertinggal keretaapi selepas jam 12 malam,
walaupun time itu kau sangat penat. kau dengan gigih muncul seperti superhero ditengah malam
asik-asik jumpa kau.
dan kadang-kadang aku cuba buat terserempak dengan kau
berpura-pura berwajah serius. *padahal hati aku berbunga-bunga.
tapi dalam banyak benda yang aku komplin dekat kau,
yang aku buat-buat serius itu,
sebenarnya, aku suka
aku suka bila kau cuba buat aku gembira , walaupun time itu aku buat muka malas nak layan
aku suka bila kau melalak dengan aku dalam kereta walaupun picthing kau lari
aku suka bila kau telefon aku semata-mata nak bagi dengar ciptaan-ciptaan kau yang aku selalu kata ntah hapa-hapa tu,
aku suka tengok kau control muka kau sesabar yang mungkin, walaupun kau dah berpeluh-peluh sebab aku sengaja biar kau berjam-jam menunggu dalam tengah panas,
aku suka teman kau pegi kedai buku, walaupun tak lah hari-hari aku jumpa kau baca buku
aku suka kau bagi ceramah kat aku, dengan selembut yang mungkin (selalunya nada tegas )
aku suka telefon kau, semata-mata nak dengar suara kau.
dalam sesetengah tempat, curi-curi pandang, aku suka melihat ketokohan kau melayan anak-anak kecil
aku suka bila kau bising-bising suruh aku balik awal dari pejabat.
aku suka bila kau panggil aku dengan nama timangan aku
aku suka bila kau 'sorokan' aku masa budak-budak sibuk bermoshing, masa kita pergi event gig zaman belia dulu.
aku suka tengok keyakinan kau bila kau bercakap soal jodoh
aku suka hidu bau , bau perfume kau yang bercampur bau keringat *aku suka curi hidu dari belakang .
aku suka berdebat dengan kau , dengan kau yang tak suka kalah tu.
pernah suatu hari, kau pandang aku. entah kenapa, selama ini sebolehnya kau larikan mata kau,
tapi kali itu, kau pandang aku lembut dan bersinar-sinar*im blushing.
aku suka bila kau hulur tangan lengan baju kau , suruh aku lipat , betulkan baju, dan kemaskan rambut kau.
err, walaupun aku cuba buat-buat garang dan taff depan kau,
aku suka semua tentang kau,
Seniman S.Effendi ini sangat berpengaruh dalam perkembangan tumbesaran saya
Halwa telinga saya selalu dipenuhi oleh lagu-lagu beliau ,The Mercy's, Titek Shandora, Mukhsin , D'lloyd dan Dato' Ahmad Jais
kerana papa, antara peminat tegar mereka.
jadi jangan heran , saya orangnya agak evergreen juga.
hahahaha
betapa pengaruh Encik Eddy (Papa) itu sangat kukuh dalam diri saya
walaupun ramai yang mengatakan wajah saya serupa mama, tapi
jiwa saya lebih kepada papa saya yang seorang itu.
Paling manja dan paling kuat menggedik dengan Papa, walaupun terpaksa dikongsikan bersama
dua saudara perempuan yang lain,
melihat ayah sebagai lelaki yang sangat banyak sabarnya melayan anak gadisnya yang degil ,
buat saya sangat kagum dengan Papa,
betapa setianya dia , dan luhurnya dia menjadi seorang bapa.
Nasihatnya : "apapun keputusan Ni, pilih dan buatlah yang terbaik"
"Selamat Hari Bapa, Encik Eddy Saya"
p/s: pernah ditegur oleh bekas ketua saya, katanya "kamu ni lahir tahun berapa sebenarnya?" asal karaoke , pasti saya belasah lagu lama-lama. paling koman pun rock 80 an.
sudah berminggu- minggu berkeadaan begini
sampai satu tahap,
susah betul rasa bernafas
larian semakin kencang
berat sungguh kepala
dan pada rasa yang sungguh celaka itu
satu sahaja yang terfikir
berhenti.
aku cuma mahu tidur
bermimpi untuk sehari atau buat beberapa lama
sereberum, mendula oblongata, semuanya sudah nyawa-nyawa ikan
seperti membisikan di telinga: berhenti sayang,berhenti sekejap.
berfikir dengan rasional juga sukar
berjalan dengan lurus juga terasa aneh
bercakap juga aku terasa gagap
dan bulatan-bulatan hitam di sekitar mata sudah menyapa
mood juga berubah-rubah seperti perempuan hamil
berhenti.
berhentilah sekejap wahai sayang.
betul,
aku cuma mahu tidur
aku cuma mahu berhenti sekejap
aku mahu pejam mata, bermimpi
aku jadi penat dengan diri sendiri
dalam tidur aku masih berfikir, mencongak, membuat sifir kalah mati
seperti ketika aku menulis ini jam 0245hrs
aku masih sukar tidur,
melintang susah, kekiri susah,
cuba menenangkan diri: berhentilah sekejap-
sedang tidur juga masih merancang stratergi
seperti sang laksamana persiapan perang hari esok
padahal aku berlu berehat
badan aku penat.
rasa mahu menangis
menangis, suruh berhenti
aku perlu tidur
aku perlu rehat
aku cuma perlu bahu,
untuk sambut kepala aku
menemukan sebuah kotak kertas usang
yang cantik terletak diatas almari
diselaputi debu tebal menandakan
kotak itu sudah lama tidak dibersihkan
dibuka perlahan lahan sambil
tangan menari-nari mengirai habuk
yang menempel.
tersenyum .
setiap khazanah didalamnya
terkandung seluruh mak nenek memori
yang hampir pudar.
kad-kad ucapan teman, cenderamata,
teddy bear, nota-nota , diari lusuh
dan
termasuk surat cinta pertama
dari seorang bekas debator sekolah.
*sempat kenyit-kenyit masa semasa bentang hujah. haha
beralamat United Kingdom.
24
tahun seharusnya sedang bertungkus lumus menghabiskan Ijazah
di Ohio Universiti.
(lambat
setahun- kelas persediaan dengan MARA)
kehkehkeh
sumber gambar: Puan Hana dan Suami, Encik Fairuz, London
24
tahun
menghirup
angin Columbus
atau
sedang menonton bola di Paul Brown Stadium
atau
berjalan-jalan di Springfields
sambil
meneroka dunia Athen (memilih Amerika ketika itu)
apa
yang sangat menarik dalam usia 24 tahun
berbaju
tebal dikala waktu sejuk melanda Amerika
berpimpin
tangan dengan suami
Berdating
di tepi gigi air Sungai Ohio
menekan–nekan
butang Mac Book menghabiskan tesis
Dengan
motto :Religion, Learning, Civility; Above All,
Virtue
Maka ada baiknya memberi ceramah bagi adik-adik yang baru
tiba di Amerika
atau
mungkin membuat kerja-kerja amal
dan
aktiviti paranormal sebagai tugasan diwaktu lapang.
(menurut
fakta, Ohio universiti merupakan antara universiti yang ramai “mahkluk” lain di
USA oleh kerana komposisinya antara yang tertua, pasti terjadi banyak sejarah “lain”.
)
Nyaman (heaven) – kata orang putih . Ianya seperti sedang menggambarkan perasaan ketika itu
yang sedang menikmati dunia pada tanda aras kehidupan yang boleh dikatakan berjaya seperti yang dirancang,
Berada
dalam kelompok manusia yang pelbagai pemahaman dan budayanya.
Yang
paling seronok, bila cuti semester atau musim panas.
Mungkin
boleh
lepak makan ikan segar di Nova Scotia,
Melihat-lihat
budaya orang Massachutess (masapewit)
Atau
kalau rajin , den boleh backpackers sama suami ke New York ,
(sebenarnya banyak tempat yang menarik tapi tak dapat dijelaskan)
atau
Sambil
menari salsa di negeri Amerika Latin yang terdekat,
Walaupun
dinegeri orang asing
Masih
mengekalkan budaya dan adat orang timur seperti saranan Che Det.
dan
paling penting
masih kekal dengan identiti seorang muslimah
usia
24 tahun hamil anak pertama
hamil
dan belajar di luar negara bersama suami tercinta
selepas
berkhawin pada usia 23 tahun.
Sedang
menjalani tesis bagi pernilaian akhir jurusan komunikasi
Bersama
double major jurusan lain
sambung
Phd disana
atau
mungkin sudah bertukar Universiti
setelah
10 tahun berhijrah ,di Barat dunia
pulang
ke tanah air tercinta
dan
berkongsi ilmu pada anak murid. (oleh kerana cabang keluarga banyak kepada perguruan : saya harap saya boleh menyertai mereka dalam aspek pembelajaran dan pengajaran: menjadi seorang pensyarah -komunikasi) :D
*PLUP!*
aahahahahahahaha
tapi
itu hanya impian kecil . “angan-angan tak berapa Mat Jenin”
Novel
“Hati terpaut di Ohio” terbitan sekitar 1980-an
(sudah lupa nama penulisnya) mengenai pengalaman pelajar Malaysia di
sana yang dijumpai di rak perpustakaan ketika usia 11 tahun amat terkesan sekali pada saya sehingga ke
hari ini. (cuba mencari kembali buku ini, tetapi tidak ditemui)
p/s: kebetulan -mantan kekasih pertama adalah anak bekas pelajar jurusan Pendidikan ( TESL :seingat
saya) di Ohio Universiti sehingga kedua orang tuanya tamat belajar dan kembali
ke Malaysia 1994. cerita cabaran kedua orangtuanya di negara orang persis buku yang saya baca *kecil sungguh dunia :D