Friday, September 23, 2011

PROJEK X

Mata dipejam rapat-rapat
Dibuka perlahan
Dipejam lagi.
Ya, sudah lama menanti saat ini
Menanti projek berjalan dengan lancar
Setelah cuba dengan dugaan –dugaan yang tak diduga
Berjaya diatasi perlahan-lahan
Mata, dipejam dan dibuka perlahan-lahan
Berharap agar punya sinar terang kala dibuka kembali nanti.
Sedang menghabiskan agenda 5 tahun sudah.
Yang sudah dirancang sejak habis bersekolah.
Perancangan pendek sudah memberi hasil.
Nahhhh …sekarang perlu reward diri
Maka sekarang.

Perlu bercuti.

Projek X , yang sudah lama dinanti.

p/s: "ada X , ada segalanya" seperti kata CELCOM

Monday, September 12, 2011

HUBUNGAN



"Relationship is not about the good times, its about overcoming the rougher times as well"


p/s: hahahahahhahaha :)

Wednesday, September 7, 2011

ISU RARE RAYA

satu hari dihari raya
dua hari di jalan raya
tiga hari di lebuh raya
empat hari di kota raya
lima hari di pudu raya
enam hari di pasar raya
tujuh hari di balai raya
...
....
lapan hari di Lembah Jaya.

hoi, sampai tahun depan tak abis
memikirkan nama tempat yang berakhir dengan perkataan terakhir " aya"

tahun ni.
langsung tak best
tak seronok
langsung-langsung-langsung tak seronok
ok,
 den.....
TAK RAYA
(jadah hapa pagi-pagi raya den makan megi )
nasib den ni otak imiginatif,
maka sambil mengunyah helaian megi , maka den membayangkan
lontong gulai toucho taruk rendang minang mak den.
nyum-nyum



sapa datang umah den , adalah sangat malang sekali
kerana den... tak beraya. ok, den sambut krismas tahun ni.
paling hampeh pun , den boleh kasi rempeyek, tak pun kopok ikan
hebat sikit den jamu nugget keju.
cuma air dia den buat canggih sikit- air rebena lemon ais (kelas tau)
dah la den semangat konon-konon raya sangat
27 baju den stenbai baju raya
pastu da la kene makan megi. 
megi da la tak bagus, mana nak dapat vitamin c dalam megi?
nasib den da abis sekola, da boleh makan megi.

pastu da la kene keje, keje pulak kentin tutup
wooah, memang cari pasal. memang cari pasal
syawal tahun ni
den terasa seperti sedang beraya di Nicaragua
cuma,
den nak pesan awal-awal
jangan tanya kenapa.
kalau tak mau  disumpah bertukar menjadi hantu raya.
hahaha

p/s : berharap agar ibunda den membawakan rendang nenek yang terbaik dari ladang pulang nanti. 2 minggu den asik makan megi ni, mereng ke hapa raya-raya ni tinggalkan den di Kola Lumpo?

Monday, September 5, 2011

23

(bajet sungguh)

p/s :  akak kedai kek tanya den " adik , sekolah kat mana?"

Monday, August 29, 2011

HARI-HARI


3 Tarikh yang penting
tahun ini dalam kamus hidup saya

Hari Raya, Hari Merdeka dan Hari bertambah usia
untuk saya yang menginjak usia ke 2* tahun ini

3 tarikh penting ini untuk saya sendiri

tiada keluarga
tiada teman,
tiada arjuna
dan tiada tema.

memilih untuk berhiberinasi seketika
perlu rehat ,
perlu berehat, dan direhatkan
(sedang mencari keinginan hati)

terbitnya post ini bermakna saya sedang menuju ke satu destinasi
rahsia. hahaha

akhir kalam,


p/s:  merdekakan emosi .




Tuesday, August 23, 2011

JATUH CINTA LAGI


oh pertama kali melihat dia
aneh betul rasa, sepertinya saya jatuh cinta
pada saya dia sangat comel.

Pada ketika  itu sebenarnya  ,
saya sedang sibuk mencari sesuatu di kota
dan
saya ketemu dia,
selama ini saya melihat golongan sejenisnya tanpa sebarang perasaan
tapi entah lah ,
kali ini, jantung berdebar-debar,
dia pandang dengan mata yang bersinar seperti bayi
sepertinya mahu berkata sesuatu dengan saya
pipi saya kemerahan, saya malu tapi mahu
oh shit,
dia pandang sikit kat saya,
dan ..dan saya tidak dapat menahan perasaan lagi
saya dekati dia cuba memulakan perbualan, sambil itu
saya cuba memengang hatinya,
dia "on" dan ah ... dia sangat seksi pada saya
comel, seksi, dan sangat elegant.
seperti mau rampas dia, bawa lari dan ketawa riang
.
.
.
.
.
.
.





 awak tau tak, awak sangat comel dan bijak?

saya akan pastikan , awak tetap menjadi milik saya!

p/s: tiada kaitan dengan si Henry Golding tu pun. (ok , geli pulak bila baca balik tulisan ni )

Thursday, August 18, 2011

PAPA

Lelaki berkulit sawo matang dan sedikit hitam akibat panahan matahari itu , masih cuba tersenyum kepada saya

Dengan matanya yang bening dan tahi lalat hidup di pipi kanannya , dia masih memandang saya dengan penuh cinta.

“Papa , tak rindukan Hani ke?” saya pandang jejaka lewat 50-an itu sambil sambil membenam wajah saya ke dadanya.

Sedih.

Wajahnya yang terlihat cuba tersenyum itu seperti tidak bermaya bersama tunggul-tungggul janggut yang tumbuh meliar di wajahnya. Sedih melihatnya seperti tidak terurus begitu, selalu dalam tempoh tiga minggu saya akan gutingkan rambutnya atau menjadi reminder untuk mengemaskan rambutnya.

Kejadian di awal tahun itu masih kemas dalam ingatan ini.

Ya …masih saya ingat , ketika itu tahun 2005. Ketika saya sedang sibuk dengan pementasan sajak di sekolah , dan tiada baju kurung yang elok untuk dipakai diatas pentas, segan meminjam dari teman sebilik. Lalu ku pinta papa , menghantarkan baju kurung merun berbunga kuning kecil-kecil. Satu-satunya baju kurung yang cantik ditempah mama untuk ku sempena Hari Raya dua tahun yang sudah. Satu-satunya untuk anak berpendapatan sederhana seperti keluarga saya.

Papa tiba hampir mahgrib , bertolak dari KTM Sg Buloh , dan menaiki bas Selangor , dia tiba di laman asrama sekolah, dengan sedikit kurus dan comot sambil memegang bungkusan berbalut surat khabar yang diisi baju kurung merun seperti yang saya titip pagi tadi.

Dia berdiri dihadapan saya,terasa  dihujung mata terasa panas, manik-manik air meluncur  keluar dari mata saya perlahan-lahan, papa baru kehilangan ibunnya merangkap nenek saya seminggu dulu, sebagai anak yang paling rapat dengan ibunya, pemergian nenek meninggalkan kesan mendalam pada papa. Sangat terdalam.

Dan ketika saya menemuinya di sekolah , dia baru pulang dari menziarahi makam nenek di selamat dikebumikan di kampung jauh di seberang Selat Melaka .

Saya renung wajahnya dengan sayu, sedikit mata saya berkaca dek tertahan tangisan yang dalam , bersama rindu dan hiba, saya kucup tangannya dengan emosi tertahan,

Saya bisikan perlahan dengan takungan air mata yang akhirnya jatuh berjurai.

“Papa, jangan begini , jangan buat hani begini..papa masih punya hani, Kakak, Adik dan Mama”

Sedih melihat papa tidak terurus, dia kehilangan jiwa pada sudut mata saya. Rindu pada ibunya buat dia selalu bersedih, dan saya tidak ada di sampingnya disaat itu. Terbelenggu di dengan aktiviti tahunan di asrama. Hanya khabar melalui telefon sahaja yang mampu dilakukan saat itu.

“Hani masih perlu papa” aku berbisik perlahan.

Saya menangis. Dia memandang dengan perasaan yang dalam dan terpamer melalui matanya seakan-akan kehilangan cahaya. Mengelus rambutku perlahan.

“Baiklah, balik nanti papa cukur misai dan janggut, rambut kasi kemas.”

Saat itu, saya berjanji tidak akan membuat dia bersedih, atau apa-apa sahaja yang mampu meragut kebahagiannya.

Biarlah papa selalu tersenyum.


 SELAMAT HARI LAHIR YANG KE -57 TAHUN ,PAPA.
semoga dia di panjang umur, di murah rezeki, dipenuhi setiap keinginan dan cita-citanya
dan diberkahi perjalanan hidupmu oleh Allah
LOVE YOU PAPA

p/s :Teman terbaik saya, jiwa dan kecintaan saya.



Tuesday, August 2, 2011

NORA ZAIN

Nora datang menemui saya di kamar, rambut panjang tak terurus,
mata yang sembab , cekung dan sedikit susut. 
menangis teresak-esak tak berhenti.
sepertinya -seperti yang dulu
penuh perasaan dia menagis.
sehingga matanya yang bening itu merah-merah-merah,
hujung hidungnynya pula menampakan cecair jernih.
air mata, seperti hujan, tak berhenti. walau sudah 15 minit saya biar keadaannya begitu,
saya biarkan sekotak tisu itu pada dia,
"kalau mahu menangis, menangislah sepuasnya"
saya biarkan dia bertelaku macam anak kecil yang sesat di tengah kota.
sekejap-sekejap dia hembus hidungnya, dengan airmata tak berhenti.
"sakit nip, hati aku terlalu sakit....." suaranya yang halus terdengar perlahan
sesudah hampir reda tangisnya saya peluk badannya yang kecil sedikit dari saya
usap air matanya,mata beningnya membuktikan sebenarnya-jiwanya hancur.
hancur sekali.

Nora Zain- teman sedarjah yang paling hampir jiwanya dengan saya
dia menjalin cinta hampir sudah lama, lebih lama dari rekod saya yang setahun lebih itu.
empat tahun dia menyulam janji bersama si pondan (Zack) itu.(bukan setakat pondan sahaja sebenarnya)
ya, saya gelarnya pondan, kerana putusnya hanya di skrin telefon bimbit
dan menyepi membuang teman saya itu,
walhal Nora Zain:cintanya tak berbelah bahagi pada lelaki yang dia fikir itulah calon yang paling tepat untuk dirinya. Dia sanggup lakukan apa sahaja, walaupun sebahagian duit gajinya diberikan untuk lelaki hidung belang itu. Dia terlalu naif, lurus, dan lembut hati. Dia mahu cerita cintanya berakhir seperti Shah Jahan.
Mengharapkan seorang lelaki mencintai dia sepenuh jiwa-sebagaimana dia cintakan lelaki itu, biarpun telah mati. Ya, degilnya dia menunggu seorang durjana seperti Zack.

Sebenarnya sudah banyak dinasihatkan dahulu :
"Hati-hati, si Zack itu lelaki buaya, dia playboy paling agung di kampus"
tetapi teman saya yang lembut hatinya itu, memekakan jiwa dan telinganya.
demi cinta yang dirasakan agung itu dan dia rasa Zack mahu berubah.
sihidung belang tetap hidung belang, padamlah macam mana, belangnya tetap terlihat

Kesudahannya, setelah lama Zack menghilang,Nora yang ditinggal resah
dan bercampur baur emosi itu, telah membuat satu perkara yang kadang-kadang jauh dek akal
Nora nekad, dia ke rumah bujang Zack terletak dipinggir kota
Nora temui Zack di dalam rumah bersama wanita yang hampir separuh bajunya ditanggalkan
dan selebihnya tidak dapat diceritakan
ya , cerita ini sangat ironi sekali sebenarnya.


Ya, saya faham. Hatinya hiba sekali, ditinggal pergi macam sampah.
seperti mana kata Fynn Jamal ."semua orang pasti pernah ada suatu  pernah"
jadi saya faham , kerna pernah merasakan semuanya.
sebenarnya-sebenarnya-sebenarnya....
sudah berkali-kali sebenarnya sesi itu berlaku.
tapi kali ini , ia seperti tidak dapat dibendung barangkali
saya hilang kata-kata, tidak tahu mahu nasihat apa lagi.
Allah itu selalu memberikan yang terbaik,
setiap pahit yang ditempuhi, pasti ada ganjaranya
: saya mengharapkan  kebahagiaan pada Nora .

"Seperti mana ia datang
seperti itu ia pergi.
jadi,  kemaskan semua "yang lepas-lepas"
kumpulkan dan bakar
biar  terbakar sampai abu
dan pastikan semuanya musnah
seperti mana ia dimusnahkan
jangan ada satu pun yang tertinggal.
JANGAN!"

p/s: Cerita ini, berkisar pengalaman lama : kata orang tua- Sudah basi.

MET PUASA

p/s : "yu jangan eksaited sangat tak puasa tanpa alasan munasabah . yu tak puasa tak masuk sorgaaaa yu tau".

Thursday, July 21, 2011

KOMITMEN

Semalam berborak dengan teman , berdiskusi 
diantaranya ialah "Komitmen".
 Yang lain-lain sudah cantik jalur komitmen yang mereka bina.
Ada yang sudah merangkai-rangkai lukisan pelamin yang indah.
Ada yang sudah membiak generasi ke dua.
(perbualan dengan coursemate sebenarnya, yang rata-ratanya sudah beralih status "single" mereka)
tapi saya, masih dengan kertas kosong
tiada gambaran  apa-apa : masih tegak berdiri, sendiri.
sambil cuba senyum -senyum pada langit, harap dijatuhkan seseorang lelaki di depan mata terus.
tak usah mencari . Kadang-kadang rasa tak perlu la membuat searching pada hemat saya.
(topik sebegini selalunya saya jadi diam dan angguk-angguk kecil,
sebab saya tiada pengalaman yang hendak dikongsi) ~thehehehehehe

kata seorang auntie
usia sebegini
adalah perkara yang paling ideal untuk orang perempuan macam saya
ini mengakhiri zaman gadisnya dengan halal.
tapi entah kenapa. kadang-kadang ada juga keinginan tapi
selalunya
 hilang terus.










(Sempat juga dia kenenkan dengan anak terunanya yang beberapa tahun usianya melebih saya,
tapi dia tidak tahu- saya belum pandai masak) kehkehkehkeh

FOBIA?
pada saya  : berkomitmen dengan lelaki seperti minum teh panas,
ketika musim hujan atau  berasa sedang dingin.
"wangi, menyegarkan , menghangatkan, sungguh sempurna!" tapi itulah.
yang berlaku jika minum teh panas, ketika musim hujan atau berasa sedang dingin.
enaknya tidak terkira,  'heaven' kata Jijah si gadis Jawa.
Cuba berlaku jika suasana sebaliknya, atau cuba minum teh itu kembali ketika sejuk.
nikmatnya dan rasa 'heaven' tu dah tak ada.
seperti itulah gambaran yang merasuk dalam jiwa.
**ok, sedang melalut sebenarnya.

Tapi saya sebenarnya sedang sibuk merangka kehidupan saya
atas perhubungan yang jatuh-bangun-jatuh-bangun dan hilang terus macam debu
akhirnya saya menyedari yang sebenarnya
.......................
Saya tidak bersedia dengan sebarang komitmen dalam konteks etika perhubungan peribadi
saya pasti pengakhirannya akan bergenang airmata,jiwa luka
jika pada asasnya komitmen itu perlukan kesediaan perhubungan yang jitu
dan- saya tidak bersedia.
kadang-kadang ketakutan yang ada
buat terhilang semua gambaran yang cuba dibentangkan
mana nak datang bayi kalau sumbernya tak ada?
Ya, seperti pingin punya anak sendiri, tapi tidak mahu berkomitmen dengan  lelaki
sudah malas, sudah penat dan sudah sebu.
tapi
masih pingin punya anak sendiri
cewah!

p/s: pening menjawab soalan makcik-makcik.

Tuesday, June 7, 2011

BERGANTI HATI




Kalau satu hari anda terjatuh
dan tidak mahu jatuh pada lubang yang sama.
Maka bangkitlah, gantikan ia dengan hati yang baru
supaya semuanya tidak bersisa dan
 pedih dengan masa lalu
itu hilang ,
pesan penulis lagu ini : Anggun Cipta Sasmi :
" Kadang-kadang hidup ini harus berganti hati,
 dikala hati yang sedia ada itu sudah rosak atau sudah hancur"

:)



satu masa, kita harus keluarkan rasa itu, perlu menangis walaupun ia ranap, bersepai teruk
dan dengan perlahan-lahan bangkitlah dan lepaskan lah dengan ikhlas :).
agar temui hati yang baru .

P/S:  kalau kamu yakin kuasa Yang Esa, berhentilah dari terus menangis.

Saturday, April 2, 2011

PIOS SOUL

kadang-kadang.
saya jadi jeles tengok orang yang jelas terpancar ruh cahaya wajahnya
jeles tengok orang yang mencintai Allah yang Esa.
maksud saya, orang yang sejak kecilnya baik, dosa pahalanya terjaga.
yang manis, dari kecil sudah menutup aurat, tahu pahala dosa,
mengikut ajaran yang ditetapkan Allah, tinggi budi bahasanya,
wajah yang sejuk, sentiasa bertutur kata baik,
wajahnya selalu tersenyum, penuh aura positif,
dan tidak pernah sama sekali bersangka buruk dengan orang lain,
dan tidak pernah memberi hukum pada orang lain /bangsa lain atau agama lain
terutama orang yang daif seperti saya.

kalau saya disisi mereka, pasti saya selalu mendengar :
"bissmillahirahamannirahim,subahanallah, allahuakbar, alhamdulilah, astagfirullah"
tak lekang ditutur pada bibir mereka, manis sekali.
dan saya pasti , teramat pasti, mereka bukan orang yang berpura-pura baik.
Ya, hati mereka bersih.
kerana mereka orang-orang yang beriman.

hampir sebulan saya menghilang,
saya ke suatu tempat, yang menemukan ramai orang sebegitu,
mereka begitu indah. begitu menyejukkan dan mendamaikan.

kerna dulu, saya pernah mengalami dalam usrah di tempat belajar dulu
dimana, apabila bertemu seorang senior yang bertudung labuh, 
tidak mahu bersalam dengan saya, maksud saya, bersalam dengan muhrim
atau paling tidak menjawab salam.
pada masa itu, saya antara pelajar junior yang kurang disenangi , gara-gara
gaya kehidupan saya beza, dan saya agak "berani" menjadi pelajar pertama
yang dijerkah warden pada hari pertama menjejak kaki ke asrama.
jadi rekod saya agak hitam dari sudut pandangan mata kakak senior tadi,
rupanya , bukan saya sahaja dilayan begitu,
dia hanya melayan orang sekufunya sahaja
jadi,
 saya rasa terpukul,
tertanya, mengapa mereka cuba menjadi tuhan dengan mengadili orang itu?
bukan mereka/ orang seperti saya ini perlu diajar atau ditunjuk?
saya jadi sedih, hiba.

ya, saya agak prejudis.
saya jadi kaget, dan jadi kurang senang dengan orang bermuka-muka.

kadang-kadang,
saya sedih,
saya mahu jadi seperti mereka, orang yang memilik pios soul ini.
sepertinya kalau iman  itu wujud  secara mata kasar contohnya macam berlian .
mungkin saya saya sanggup curi . untuk saya kalungkan ke hati saya.
*tapi mencuri juga dikira berdosa ya, jangan la sampai begini


tapi, saya rasa saya banyak sangat cela. banyak sangat buruk dari baik.
tapi saya masih mahu belajar.
tapi saya tahu , Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengetahui.
dan sepertinya, saya teramat terpukul dengan kata-kata saya sendiri.
Betapa kita ini, hamba kecil yang hina. yang selalu meminta.
kerana, saya takut mati, mati dengan keadaan dibenci Allah.



p/s :  belajar mencintai Allah. itu lebih baik dari mencintai boipren. tak percaya? cubalah!

Tuesday, March 8, 2011

BARAKALLAH



cuti sekolah sahaja mesti ada kenduri
banyak betul orang kawin tahun ni
haih.
kawan sehingusan dulu pun nak kawin
belum masuk kelas-mate
dorm -mate
sekull-mate
course-mate
soulmate
*ok, soulmate tu tipu.

nasib kat tempat  saya bekerja sudah majoritinya berkhawin
cuma tinggal 2 orang cik tunang saja dalam pejabat
itu pun dengar-dengar tahun depan.

Saya?
Khawin?

hah?
saya agak payah sikit nak jawab soalan semacam tu
entah lah....
belum ketemu jodoh barang kali
tapi saya suka memberikan jawapan klise saya sendiri.
"Den nak kawin umur 27 tahun"
seawal sekolah rendah lagi saya sudah memasang niat begini.
jadi ada dekat-dekat 4 tahun lagi dari perancangan.
 jengjengjeng...

nasib keluarga saya bukan berkeras suruh berjodoh cepat
mungkin juga terasa yang anak daranya yang seorang  ni tak cukup sifat keperempuanan
selain tak cukup sifat isteri dambaan suami,
saya masih dengan borang kosong
tak ada isi. hehehe
kekasih pertama saya, merangkap sang ayah  pun  selalu berpesan:

"round satu dunia , pastu baru kawin"
* apalah  satu dunia disuruh pusing, negara jiran pun tak lepas*


haih.

Sebagai seorang ayah  yang berwibawa, jadi dia lebih suka saya buka mata luas-luas
jalan sekeliling dunia.
"Nanti orang mohon kerja jadi kedutaan , ya Pa?"

berbalik topik nak khawin ni

saya pun jadi seronok , main baca papan tulisan  orang nak kawin ni
tengok-tengok hantaran
tengok-tengok jenis make up, baju pengantin
tengok-tengok lauk dan hiasan
tengok-tengok  encik suami mereka. *ehem!
dari dulu kecil , kalau bab orang-orang khawin ni
dengan tak malunya den akan  menyibukkan diri
jadi tukang penanggah, tak pun flower girl, tak pun pembancuh air
tak kisah lah apa saja, janji turut terlibat serta .

seronok owh berkhawin
tengok pengatin sudah jadi jelita
saya pun terasa nak berdegup seperti  degupan dia
yang duduk bersimpuh ayu, menanti diijabkabulkan
sang suami mereka yang tenang wajahnya
dan
lagi  rasa terharu
kalau adengan
si cintanya , sudah bergelar sah bergelar  suami :  mengucap akad, dihadapan wali.
melafaz dengan amanah .
dan
dan....
mengucup dahi si puteri jiwanya , dengan penuh kasih
dengan dipandang dengan rasa cinta yang membuak-buak
aduh!

owh tetiba saya rasa nak kawin sekarang.




p/s: nak curi dari album sendiri, maaflah , saya masih belum bertemu cinta lagi, nasib ada si pencari pantas- google yang dikasihi. :)

Wednesday, February 9, 2011

SABAR



Sudah lama tidak menjawab soalan cinta, satu hari , saya dikunjungi seorang teman, dan setelah membuka banyak cerita lama,dia bertanya saya sesuatu hal yang tidak diduga.


"Hanip,"
(ya dia senang memanggil ku begitu , berbanding nama penuhku yang hanya perlu ditambah dua huruf di belakang)

"Bagaimana kalau satu hari kamu bertemu cinta. Dan kamu tahu dia adalah pasangan paling cocok buatmu.Tapi dalam masa yang sama ada satu hal menggangu hubungan kamu. 

Ayahnya tidak restu.

Dengan alasan yang aneh-aneh , kerna sebenarnya keluarganyanya sudah punya calon untuk pasangan kamu" dia menyambung pendek.



*kawan saya seorang pegawai biasa , sedangkan calon keluarga gadisnya seorang bakal injineer.
Jadi , sebenarnya si gadis teman saya itu tak sampai hati mahu memberitahu teman saya hal yang sebenarnya.

“kalau kau jadi aku,apa yang lakukan untuk meraih hubungan-cinta-yang – tak –direstu ?”


“Oh”, saya jawab pendek.

Termanggu seketika, saya pandang dia . Sedih dan empati dengan ceritanya. Dalam 2-3 minit saya mencari idea

Sebenarnya saya agak sedikit gusar , memikirkan jawapan yang salah atau tidak kene dengan jiwanya. Jadi saya mendapat satu akal.

Saya kata, :

“kalau kedua-duanya sama kuat dalam cinta, ambil sahaja risiko- belasah sahaja dengan halangan menduga. Tapi ini kalau kedua-dua nya sama kuat emosi cintanya. Masalahnya, kalau ada satu yang lemah cintanya, yang mungkin sedikit tergangu kerana memikirkan risiko, maka:

"Lepaskan cinta itu" .  Pada hemat saya , kalau diteruskan juga, mungkin ada masalah yang menanti.

"Seperti contoh, keluarganya mungkin akan sering menganggu hubungan kamu dan dia, atau memberikan  kejutan tidak diingini supaya anaknya segera meninggalkan kamu dan akhirnya pasangan kamu itu meninggalkan kamu kerna tidak begitu kuat dalam emosi mengejar cintanya bersama kamu, jadi kamu akan lebih sedih dan kecewa dengan kedua tindakan yang wujud
 kata saya.
Tapi kalau sudah bertahun-tahun menyemai cinta? “ dia memandang dengan wajah tak pasti
“aku hanya cintakan dia, perit mahu terima
dia bertanya lagi bersama perasaannya, matanya ada sedikit kecewa dengan jawapan saya.

Saya tahu, pedih untuk dia terima perpisahan. Sedangkan saya tahu , betapa dia mencintai gadis itu.
Saya masih cuba mahu menjawab, kali ini saya menggunakan pendekatan agama,
Pada hemat saya, apa pun masalah, kita kembali kepada asas hidup -yakni : agama.

“sabar” kata saya.

“Allah itu kadang-kadang menguji kita, kerna DIA lebih tahu kekuatan kita menempuh ujian, “ saya jawab sedikit , kemudian saya menyambung..

“ Saya harap awak banyak bersabar, kerna Allah itu Maha Mengetahui, setiap yang terjadi ada rahsia disebaliknya , yang memang awak tidak akan tahu, yang mungkin jawapanya kepada gelisah dan persoalan awak itu bukan sekarang, bukan hari ini bukan besok. Ada hikmah yang tertentu. [ Kamu akan peroleh kemenangan , jika kamu bisa bersabar kata lecturer den dulu sebagai cara memotivasi]. Harap awak selalu sabar, MOHON pada Allah banyak-banyak agar diberi petunjuk, Mohon dikurangkan gelisah pada dada awak” .

Saya tersenyum sendiri,

Senyuman kelat yang saya sendiri tahu.

Kerna saya tahu betapa pedihnya menerima sesuatu perkara seumpama itu , bila kita pernah mengalaminya sendiri. Ya, saya juga merasa jiwa perit jika-cinta-tak direstui seperti itu.

p/s: entah kenapa mahu menulis seperti ini. hahaha


Friday, January 21, 2011

SESEKALl BERI PERINGATAN

alkisahnya, bermula pagi tadi
sudah lama pulak tak semak akaun yahoomail den yang berhabuk itu
tiba-tiba den terbaca email ini
cis. tak tau ke den buat keje hapa?
dan tak tau ke penghantar ini main bedal je. sah-sah la den tak ada akaun maybank.
cuma ,

JIKA ANDA PENGGUNA MAYBANK

BERHATI-HATI DENGAN MESEJ INI:

(sila buat tumbersaran anda sendiri, kalau nak senang baca)

JANGAN SESEKALI MENGIKUTI ARAHAN YANG DIBERIKAN OLEH PIHAK YANG MENYAMAR DARI PEGAWAI BANK TERSEBUT.

DIDAPATI BAHAWA URL TERSEBUT ADALAH DUPLICATE DARI URL PIHAK MAYBANK.
sebab bila den buka URL tersebut ternampak pulak ini. (nampak tak yang biru tu)
http://www.attalosfc.gr/www.maybank.com/mmb/m2u/common/M2ULogin.html?action=Login. (FAKE)

IN ADALAH PENIPUAN BERSINDIKET SEBELUM WANG DALAM AKAUN ANDA HILANG ATAU BERJUMLAH KOSONG.

ada den dengar , sampai wang simpanan berpuluh ribu tu lesap di bawak penyamun siber nih.
cis. celaka betol.

P/S : JIKA INI PERNAH BERLAKU PADA ANDA, SILA LAPORKAN KEPADA PIHAK MAYBANK TERSEBUT DAN PIHAK POLIS.

Wednesday, January 5, 2011

2011

sudah dua ribu sebelas.
maksudnya den sudah 2*tet.
dan banyak yang berlaku yang takpayah den
nak karang dalam entri baru dua ribu sebelas den.
tutup buku.
tapi video ni den masih suka.

Tuesday, November 30, 2010

PENGHUJUNG TAHUN

asal penghujung tahun sahaja, pasti sibuk
lain macam sibuk dia.
sibuk macam orang gila.
nak taip blog pon tak boleh.
adeh.

*tapi baca blog orang sempat pula.

p/s: lebih rela baca blog ,dari suratkhabar dengan berita kurang meyakinkan, dan merapu. ada baiknya baca pemikiran orang lain---> pakai blog. seronok.

**tulis ringkas-ringkas, sebab sibuk bukan main.

=)

Thursday, November 4, 2010

Qaiskah Aku?

kalau kamu tahu betapa jahanamnya aku sekarang ini
kalau kamu cuba curi hendap lihat aku sekarang ini.
kamu akan tahu , senyum ku itu semua palsu.
kamu akan tahu senggih ku juga tipu
cuba perhati,
lihat cara jalan yang sudah tidak lurus, sudah senget-senget
aku sudah tidak tahu arah perjalanan ku
cuba kau lihat terus ke dalam mata ku
kosong.
cahayanya tiada.
aku sudah seperti Qais, bezanya pengorbanan aku tidak sehebat cinta penama
Laila Majnun.

Yang nyata aku cuba menipu diri berpura-pura hidup
berpura-pura.
seperti aku manusia paling bahagia.
apa kau tahu, kalau aku beritahu semua aku pasti kamu bisa sedih.
jadi biar aku.
si Qais yang sebenarnya mati dijalanan
mati "membunuh" jiwanya sendiri
asal aku lihat kau hidup bahagia, tanpa aku.
tanpa rindu aku yang selalu mengingatimu.
aku
si Qais yang menggilai cintamu.
cuma bezanya, aku perempuan.
yang remuk hatinya cuba dicuit perlahan.
cuba bertahan.
aku pasti ini dugaan tertulis untuk aku meraih kembali jiwaku
yang telah di henyak mati.
Ampunkan aku Tuhan.
aku bukan sedang menzalimi diri sendiri
aku mahu melihat cinta yang dihadiahkan untuk aku
kembali bahagia dengan hidupnya.
tanpa aku.

Monday, October 25, 2010

Kromosom XX


Pada den,
den rasa benda ni biasa.
tapi sesetengah orang akan merasa cuak
dengan den
terutama perempuan
tapi den tetap rasa tak salah apa yang den rasa
den dah cuba terjemah perasaan den
ternyata minah-minah lawa selalu je memandang serong
pada den.
selalu den dihambur
"ko napa pam, tengok orang semacam saja?"

* tapi kalau den terus terang karang, mau den kene makan pelempang,
atau dituduh memiliki citarasa songsang.

err....

"DEN SUKA NENGOK PEREMPUAN CANTIK"

cantik tu , bagi den bukan hanya muka lawa semata-mata
atau badan lawa.
tapi ada persona.

ada faktor "X" yang buat den datang dekat
perempuan tu,
mau curi aura "X" dia.
bia den rasa den pun lawa dan seksi macam dia.
hah.
seksi bukan buka-buka sana sini, tak cukup kain,
atau memperlihat perkara-pekara yang boleh menggangu emosi.
definasi den , lain.
sebab seksi subjektif
jadi jangan prasangka buruk dengan den.
den masih meminati lelaki .
den cuma suka pandang, bukan beerti mau bercinta.

*angkat-angkat kening*

mau bagi tau faktor "X" tu apa
susah sikit.
tapi den memang tak berkedip-kedip pandang
orang cantik;
perempuan cantik terutamanya.
den lagi suka tengok perempuan cantik
dari lelaki hensem.








p/s:  menda-menda macam ni tak da kene mengena dengan perasaan den terhadap lelaki.Tapi kalau Tuhan  jadikan den seorang lelaki , den mungkin mudah cair dengan perempuan bermata bundar,  redup   dan "seksi". hehehehehe