Friday, January 21, 2011

SESEKALl BERI PERINGATAN

alkisahnya, bermula pagi tadi
sudah lama pulak tak semak akaun yahoomail den yang berhabuk itu
tiba-tiba den terbaca email ini
cis. tak tau ke den buat keje hapa?
dan tak tau ke penghantar ini main bedal je. sah-sah la den tak ada akaun maybank.
cuma ,

JIKA ANDA PENGGUNA MAYBANK

BERHATI-HATI DENGAN MESEJ INI:

(sila buat tumbersaran anda sendiri, kalau nak senang baca)

JANGAN SESEKALI MENGIKUTI ARAHAN YANG DIBERIKAN OLEH PIHAK YANG MENYAMAR DARI PEGAWAI BANK TERSEBUT.

DIDAPATI BAHAWA URL TERSEBUT ADALAH DUPLICATE DARI URL PIHAK MAYBANK.
sebab bila den buka URL tersebut ternampak pulak ini. (nampak tak yang biru tu)
http://www.attalosfc.gr/www.maybank.com/mmb/m2u/common/M2ULogin.html?action=Login. (FAKE)

IN ADALAH PENIPUAN BERSINDIKET SEBELUM WANG DALAM AKAUN ANDA HILANG ATAU BERJUMLAH KOSONG.

ada den dengar , sampai wang simpanan berpuluh ribu tu lesap di bawak penyamun siber nih.
cis. celaka betol.

P/S : JIKA INI PERNAH BERLAKU PADA ANDA, SILA LAPORKAN KEPADA PIHAK MAYBANK TERSEBUT DAN PIHAK POLIS.

Wednesday, January 5, 2011

2011

sudah dua ribu sebelas.
maksudnya den sudah 2*tet.
dan banyak yang berlaku yang takpayah den
nak karang dalam entri baru dua ribu sebelas den.
tutup buku.
tapi video ni den masih suka.

Tuesday, November 30, 2010

PENGHUJUNG TAHUN

asal penghujung tahun sahaja, pasti sibuk
lain macam sibuk dia.
sibuk macam orang gila.
nak taip blog pon tak boleh.
adeh.

*tapi baca blog orang sempat pula.

p/s: lebih rela baca blog ,dari suratkhabar dengan berita kurang meyakinkan, dan merapu. ada baiknya baca pemikiran orang lain---> pakai blog. seronok.

**tulis ringkas-ringkas, sebab sibuk bukan main.

=)

Thursday, November 4, 2010

Qaiskah Aku?

kalau kamu tahu betapa jahanamnya aku sekarang ini
kalau kamu cuba curi hendap lihat aku sekarang ini.
kamu akan tahu , senyum ku itu semua palsu.
kamu akan tahu senggih ku juga tipu
cuba perhati,
lihat cara jalan yang sudah tidak lurus, sudah senget-senget
aku sudah tidak tahu arah perjalanan ku
cuba kau lihat terus ke dalam mata ku
kosong.
cahayanya tiada.
aku sudah seperti Qais, bezanya pengorbanan aku tidak sehebat cinta penama
Laila Majnun.

Yang nyata aku cuba menipu diri berpura-pura hidup
berpura-pura.
seperti aku manusia paling bahagia.
apa kau tahu, kalau aku beritahu semua aku pasti kamu bisa sedih.
jadi biar aku.
si Qais yang sebenarnya mati dijalanan
mati "membunuh" jiwanya sendiri
asal aku lihat kau hidup bahagia, tanpa aku.
tanpa rindu aku yang selalu mengingatimu.
aku
si Qais yang menggilai cintamu.
cuma bezanya, aku perempuan.
yang remuk hatinya cuba dicuit perlahan.
cuba bertahan.
aku pasti ini dugaan tertulis untuk aku meraih kembali jiwaku
yang telah di henyak mati.
Ampunkan aku Tuhan.
aku bukan sedang menzalimi diri sendiri
aku mahu melihat cinta yang dihadiahkan untuk aku
kembali bahagia dengan hidupnya.
tanpa aku.

Monday, October 25, 2010

Kromosom XX


Pada den,
den rasa benda ni biasa.
tapi sesetengah orang akan merasa cuak
dengan den
terutama perempuan
tapi den tetap rasa tak salah apa yang den rasa
den dah cuba terjemah perasaan den
ternyata minah-minah lawa selalu je memandang serong
pada den.
selalu den dihambur
"ko napa pam, tengok orang semacam saja?"

* tapi kalau den terus terang karang, mau den kene makan pelempang,
atau dituduh memiliki citarasa songsang.

err....

"DEN SUKA NENGOK PEREMPUAN CANTIK"

cantik tu , bagi den bukan hanya muka lawa semata-mata
atau badan lawa.
tapi ada persona.

ada faktor "X" yang buat den datang dekat
perempuan tu,
mau curi aura "X" dia.
bia den rasa den pun lawa dan seksi macam dia.
hah.
seksi bukan buka-buka sana sini, tak cukup kain,
atau memperlihat perkara-pekara yang boleh menggangu emosi.
definasi den , lain.
sebab seksi subjektif
jadi jangan prasangka buruk dengan den.
den masih meminati lelaki .
den cuma suka pandang, bukan beerti mau bercinta.

*angkat-angkat kening*

mau bagi tau faktor "X" tu apa
susah sikit.
tapi den memang tak berkedip-kedip pandang
orang cantik;
perempuan cantik terutamanya.
den lagi suka tengok perempuan cantik
dari lelaki hensem.








p/s:  menda-menda macam ni tak da kene mengena dengan perasaan den terhadap lelaki.Tapi kalau Tuhan  jadikan den seorang lelaki , den mungkin mudah cair dengan perempuan bermata bundar,  redup   dan "seksi". hehehehehe

Thursday, October 21, 2010

budak rongak & teater

sekarang,
kurang sikit rasa mau menonton
maksudnya; kurang menonton wayang
sudah bertahun-tahun dipandang poster
yang tertera di papan tanda Jalan Temerloh
melintasi Istana Budaya
ketika mahu menuju Hospital
bagi temujanji sama tuan doktor.
kerap dipandang sepi
kerana setakat poster yang dibaca, tayangan selalu waktu malam.
jadi agak leceh untuk manusia berpengangkutan awam seperti aku ;budak rongak (ketika itu)
heh.
--------------------------------------------------------------------

Teater.
yah Teater.
masa masih kanak-kanak di soggok dengan pementasan sekolah
buat keinginan seorang budak rongak (ketika itu)
menjadi begitu menebal untuk terlibat dengan pementasan teater.
"apa barang kalau setakat berlakon drama sekolah je
tak layan betol untuk peminat lagu-lagu keroncong macam aku ni"
kata budak rongak.

tekad seorang budak rongak (ketika itu)
sangat menebal.
jadi , dia selalu menjual wajahnya
di drama sekolah
dan dia berasa senang dengan-rasa-tidak-malunya
dipentas.
*budak ronggak ini ,mungkin pada zaman itu kurang faham : teater tak sama dengan drama.
heh.

jadi budak rongak berangan-angan
kalau-kalau masa dia belajar nanti
ada jurusan teater di tawarkan di tempat belajarnya
mungkin boleh dia menceburi bidang teater secara tidak langsung.
budak rongak buat rumusan : kalau ada jurusan teater yang ditawarkan
pasti ada pementasan, kelas , bengkel dan sebagainya mengenai teater
budak rongak mungkin boleh belajar secara sambilan walaupun cita-cita budak rongak itu berlainan dengan minatnya.
**tapi budak rongak itu kuat pelupa.

sekarang,
budak rongak yang telah digantikan dengan gigi depannya sebesar sebutir jagung
sudah tidak rongak lagi (sudah dewasa)
dengan niat yang disimpan dahulu masih ada.
maka dia berangan-angan dan kuat terlupa tentang sesuatu hal yang sangat penting.

**tempat belajarnya - bukan di Aswara, atau Uaiteeam.dia belajar di sebuah pengajian tinggi awam yang letaknya disebelah laut selat melaka, betul-betul berada di hutan yang baru dibuka sebagai tempat menuntut ilmu.
jadi harapan berlakon teaternya, terpadam sama sekali.


hahahahhahaha.

Wednesday, September 8, 2010

angpa raya kek mano?


banyak cerita hendak di suara
tapi banyak kerja
membantutkan cerita
ah! kene sental lagi blog den ni, dah banyak betol parasit dan debu berkeliaran
neway

SELAMAT HARI RAYA BEB!
sebagai orang yang mempunyai kampung yang jauh
maka
den senang raya kat KL sahaja
kalau senang, datanglah raya.
:)

Tuesday, August 3, 2010

dia Khalifah Kecil

(ini ditulis masa den masih praktikal 2008)

satu saat,
melihat wajah-wajah duka
yang sengsara
dengan perbuatan duniawi
kita tidak tahu
arah sebenar
saat kita masih berpijak dibumi ini
dalam mencari ruang-ruang untuk bernafas
mencari teduh kasih
yang nalurinya sama buat kita
kita pegang erat
tangan,
kita peluk erat jasad silaturahim
memegang pundak
janji
sebagai sahabat
disitulah lahirnya kelompok-kelompok
dari satu menjadi dua
berangkai-rangkai
yang mewarnai dunia kita yang kelam
menghiburkan hati kita yang sendu
menjadi terapi terhebat
S.A.H.A.B.A.T
tidak pernah mengenal bangsa
tidak mengenal agama
tidak mengenal pangkat
siapa,
atau rupa
disitulah , kita teguh berdiri
dalam ikatan yang
kita panggil
S.A.H.A.B.A.T
dan dia tanpa peduli tentang bangsa
masih gagah dengan kekuatan budinya
masih gagah dengan lentur tuturnya yang lembut
masih bersih hatinya walau dia cuba dicalit hitam dunia
masih cuba bertahan dengan cintanya pada Tuhan
dan
akhirnya dia pergi , dijemput Tuhan Yang Esa.


(saat ini mata ku bergenang ,mengenang teman seperjuangan yang pergi kepada PenciptaNYA- Saudara Ahmad Nur Iman Cheong Bin Abdullah 13 Feb 1987 - Julai 2008)

Alfatihah!


p/s: jika hubungan itu berlangsung baik, padamkan hasad dengki, jauhkan benci, kerana hidup hanya sekali, jangan prajudis dalam mencari erti hidup
titipan buat : sahabat, kawan dan kamu yang membaca


Thursday, July 15, 2010

DENGKI

den jadi dengki dua tiga menjak ni
pasal apa?
masih gagal mencapai matlamat yang mahu dicapai
kerana
teman-teman seangkatan
sedang sibuk ke kuliah, menyambung degree
den?
masih di kerusi
sibuk dengan kerja -kerja "kuli"
masih gagal ada lesen idaman
masih gagal ada 'aset' sendiri.
masih gagal mencapai impian-impian yang den coret-coret
pada kertas kecil tahun 2009.
dah setahun.
den masih ada perkara-perkara yang masih belum selesai.
arggh!

p/s: masih dalam proses menyediakan ruang diri dengan terancang. em , lepas ni mau bikin pelan hidup cantik-cantik.


Tuesday, July 6, 2010

Tuesday, June 22, 2010

PUDU JAIL


selalu kalau orang tanya den keje kat mana
den selalu susah nak jawab
den cuma akan bagi tau tempatnya sahaja
den akan jawab
"depan PUDU JAIL"

kalau orang nak tanya opis den kat mana
atau macam mana nak pegi opis den
den akan selalu jawab

"blue white building, front of PUDU JAIL"

" you can saw tjunction , front of PUDU JAIL, its behind of street
sir"

ada sekali aku tengok dalam filem P.RAMLEE di tivi
aku lupa tajuknya, tak silap di filemkan
kira-kira tahun 60 an
jalan Hang Tuah ketika itu
cuma ada gah dengan bangunan penjenayah.
bangunan warna putih dengan tulisan jawi "PUDU JAIL "
saja yang aku nampak .

aku selalu intai2 kat depan pejabat aku
dari atas, merenung ke bangunan usang itu
agaknya kalau PUDU JAIL beroperasi lagi
boleh lah den tengok banduan-banduan mandi .
adalah penyeri den pagi-pagi.

sayangnya , orang tak nilai semua sudut yang terdapat
dalam bangunan yang pernah di diami Mona Fendy dengan Botak Chin tu
walau selalu berada di depan bangunan usang itu
den masih gagal berkesempatan untuk buat kunjungan
sehingga tembok mural yang dilukis KHONG YEN CHONG itu dirobohkan

selalu den tenung dalam-dalam
masa mahu melintas menuju elarti jalan Hang Tuah
cuba meletakkan empati dan simpati den sendiri
memikirkan perasaan -perasaaan homosapien
yang terpisah dengan dunia luar
di atas kesilapan dan kegilaan yang pernah mereka lakukan dahulu
di dalam kamar kecil
dihalang tembok yang dulu sangat gagah

dan kalau ia dirobohkan
den susah nak jawab
"kau keje kat mana hapam"
"depan.....er...er....er"

p/s :memang betol-betol tinggal sejarah

Monday, June 21, 2010

Padan Muka Aku.

esok aku akan mati
mati di bawah pokok mangga
betul-betul atas angin
dan kau
aku akan pastikan kau
melihat aku dalam-dalam
sedalam kau merenung aku
ketika kau lihat aku
di Petaling Street itu
(ketika itu kau hulur lima puluh sama apek cina dengan senyuman berbunga-bunga)

tapi kali ini
kali penghabisan ini
aku akan pastikan kau masih merenung aku
untuk kau kenal betapa hebatnya aku
walau renungan kau
sudah tidak seperti pertama kali
karna aku sudah hodoh dan buruk
dan aku sangat pasti kau takkan kenal aku lagi
tidak akan mampu mengetahui yang kau lihat itu aku
aku benci
dan merasa sangat bangga kerana kau sudah
tidak mengenal aku
balasan untuk orang- orang yang sudah membuang aku
padan muka kau
kau akan tahu betapa kesalnya hidup kau
kau akan rasa sakit
dan benci
tanpa aku
Padan Muka!




P/S:nak buang pun serba salah. tapi kene buang juga. kat pejabat mana boleh bersneakers .

Thursday, June 17, 2010

Penting untuk setengah tahun 2010

lama den tak menulis
sibuk betol
sejak keje dengan jenayah ni
rajin betol den jadi stalker
mencari maklumat penting


setiap inci setiap perkara
tapi pakai fesbok .

Berkesan juga!

sekarang sudah separuh tahun
dan den dengan gegirl den simima

masih belum memenuhi hajat setengah tahun untuk buat lesen
macam buat lesen kapal terbang rasanya
**serius , den tak ada lesen kereta yang semua orang ada dalam wallet bila dah 18 tahun
kasihan sama diri den sendiri
sungguh tidak sopan bagi den kalu tak ada lesen.

itu perkara pertama.
keduanya :kurus.

yang ni tak berapa best den nak cerita
dengan badan yang rendang-rendang ini, dengan badan yang berisi
adalah tidak bagus sama sekali
sebab : bila den bawa baby-baby yang ada kat rumah itu
semua sibuk tanya
"anak akak da berapa bulan?" , "bila kawin?"
"comel anak-anak akak ini"
memang celaka betol den nak jawab
sebab den bujang laie.
ciss .
jadi den pun berangan-angan memiliki badan ideal macam dulu
*pakai kebaya pun rasa sudah sendat.
(mana tak gemuk, asal meeting je makan, sehari dekat 3 kali asik makan, belum campur orang belanja, belum campur milo yang den telan dekat 4 kali sehari)

sekarang, setengah bulan ni : bercadang mau beli basikal roda dua.
orang lain sibuk beli kereta:
den beli basikal...
Den tak berapa nak percaya, kalau makan Jusmate semata-mata boleh kurus.

setengah tahun,
trip nak bercuti ke singapore dari tahun lepas , tak jadi-jadi...
tak pa, tukar tahun ni mau balik kampung jumpa nenek den di Ranah Merah - Padang, Indonesia.
Ozi Osborne pun nak balik cuti hari raya di Padang.
chis , mana mungkin dia balik kampung dengan family tanpa ajak den .
tapi masalah juga, den tak ada assistant..karang, kalo den cuti..mampuih tungang terbalik la opis den..selalu den cuti pun pasal sakit sahaja.
jadi cadangnya setengah tahun ini den mau buat pasport.
dan den lepas buat pasport

siap-siap 2 bulan sebelum raya
mau hantar surat cuti ke Pak Incik mau cuti seminggu,

dengan aman , tenteram dan seronok
tanpa dihubungi pihak pejabat dan Polis.


P/S:
**takpayahlah ang susah-susah kasi tau den gemuk. "Den dah tau"

Monday, March 22, 2010

ENTAH

em , masuk ni dekat sebulan aku tak sentuh belog den ni
idea datang mencanak -canak, tapi selalunya bila tengah jalan dekat
Central Market, tengah melihat orang- mengira-ngira di Jalan Tunku Abdul Rahman
errrm..itu bukan point sebenar aku menulis


sebulan.
banyak yang berlaku
hari tu bulan Febuari sekarang dah Mac
tapi den masih tak do lagi lesen kereta
wahahahahha

(SEDANG MENCARI PUNCA DOT YANG MENYURUH AKU MENEKAN PUNAT KEYBOARD)

dalam sebulan
sangat gembira bila bertemu kawan-kawan lama
dapat mengimbau setiap memori yang berlaku
dan aku sudah pandai garang-garang bekerja
sudah pandai bertitik dan berkata "hitam kata ku hitam lah "
maksudnya aku sudah dewasa dengan ego yang semakin
menyelar dan mencanak-canak naik dalam badan
sudah pandai berbahasa sakarstik bila berjumpa si Plastik

yang pastinya kadang-kadang aku mula merasa muak dalam hidup
aku benci dengan topeng-topeng yang dilakar
yang sedang berdiri dan berbicara di hadapan aku
aku jadi sakit dengan manusia-manusia
yang aku rasa sudah hilang peri manusianya
aku jadi benci dengan suara-suara yang sangat lembut
dan teramat manis berbahasa
sedangkan hati hitam mengata-ngata

entah .
aku mahu lari
jauh dari bumi , menginjak bersama orang asing yang bisu
yang tiada sebarang riak rasa di dalamnya
mahu hidup besama patung-patung yang sudah mati
sekurang-kurangnya
aku tidak jadi takut untuk berdiri
dan memandang cermin
untuk melihat diri sendiri

oh oweke..aku lupa , aku masih di dunia
jadi itu satu fenomena biasa untuk
orang bodoh yang baru nak belajar tentang kelitnya manusia
orang-orang bodoh seperti aku


dan aku jadi marah , bila aku mula terjebak dengan
hati-hati binasa yang semakin lama
menyucuk jiwa , menjalar kesetiap isi ruang rongga kulit
aku sudah pandai berkejam-kejam dengan orang lain
sudah pandai melupakan yang PENCIPTA YANG AGUNG


entah..semakin aku membenci kehidupan buat aku terasa jauh
terasa lorong yang aku lalu menjadi sempit
terasa setiap udara ini penuh dengan nikotin
yang memamah setiap plasma darah merah aku
terasa pandangan seakan sangat kabur
sampai aku berdiri dihadapan cermin
gagal mengenal lemabaga hitam itu
**padahal itu aku sendiri
betul ayah aku kata
anaknya ini seorang pemuak

bila aku sudah mula menyampah aku campakkan sahaja semua
bila aku sudah mula tidak suka, aku jerkah semuanya
biar padan dengan muka "mereka"
biar dia tahu aku juga ada rasa untuk marah
yang kadang-kadang bila hilang kawalan
aku sudah hilang manusia aku

ah! aku sudah berjaya menjadi sebahagian dari mereka
aku sudah balut hatiku dengan rasa itu

Tuhan.
aku mohon, agar aku dijauhi rasa benci
aku mohon agar aku dijauhi rasa yang semakin mengelapkan hati
aku mohon , agar aku mampu menjadi waras
dalam bergelumang dunia yang aku rasa sendiri benci
dan aku mohon , agar kaki aku masih bisa memijak dan menghadap kiblat

dan masih masih mampu menadah tangan , mengemis dihadapanMU



p/s: aku minta empat ini sahaja untuk aku, kata ustaz , minta lebih
usaha kene lebih.





Wednesday, February 24, 2010

MENCUTI

kadang-kadang aku mahu minta cuti satu bulan terus
kepala jadi penat, serabut
jerawat makin naik
haish! dem!
selalu je aku diburuhkan..

kang bila den dah cantik balik
dah tiado jerawat
muka licin
badan da kurus
den balik ke pejabat kembali
ye bos?

boleh?

** sudah lama tak cuti, rasa mau rehat panjang-
tapi nanti orang ingat aku sudah mati
ngheh~ngheh~

Thursday, February 18, 2010

mimpi semalam

tahun ini sudah 3 kali aku mimpi dia
campur 6 bulan tahun lepas 5 kali aku mimpi

yang aku mimpi sebentar tadi
dia pandang aku
pandangan yang cukup sayu
aku kerling dia

ada butir air mata dihujung matanya yang bundar itu
"kak ni, **** minta maaf"
sudah hampir setahun kita begini

aku masih diam dan berpeluk tubuh
dan
aku akhiri dengan pelukan yang erat
"lain kali , jangan buat kak ni macam ini lagi. sakit. rindu. Tau!"
aku rangkul dia dengan mengelap airmatanya


enak betul mimpi pagi tadi
rindu itu buat aku bermimpi seperti itu
aku memang marahkan dia, tapi seharusnya marah aku tidak harus berpanjangan
kerana Ego dan marah sayang aku
jadi merajuk
hampir setahun aku merajuk
padahal aku rindu dia
rindu dengan omelan
rindu dia yang selalu membebel kalau aku lambat siap,
rindu makan sepinggan , menu yang selalu dipesan ,hampir sama setiap kali
rindu dia yang selalu teman aku di taman KLCC setiap sebulan
rindu dia yang akan teman aku tidur,

sambil pakai bedak sejuk tidur berdua di single bed, berhimpit2
rindu dia yang selalu bawa round dengan motor nyamuknya



tapi setiap kali aku telefon temannya ,
aku seperti malas bertanyakan dia
sedangkan hati aku memberontak mahu bertanya
ah!

Ego aku kadang-kadang buat perasaan macam batu!
aku jadi seperti konflik diri,
mahu terima , buka tangan untuk mengubah keadaan
atau
mahu dia datang , berjumpa aku

rasa seperti nenek -nenek yang terasa hati dengan cucu :P

Dem! kenapa mesti yang wujud itu mimpi?

p/s: "kakak ni, tak pernah merasa marah pada kamu dik!"

Thursday, February 11, 2010

PERUBAHAN

secara radikal aku menggunakan ayat tipikal

em, den ado perasaan la ..

unsur keanak- anakan ini

tidak bagus bila bekerja

di tempat yang sangat firm

yang sangat protokol



* kita tidak boleh merubah keadaan yang begini

apa yang perlu berubah

---> DIRI SENDIRI

suka atau tidak ini tergantung kepada keinginan untuk berubah

haish!

selepas ini

den kene rajin la belek majalah WANITA

kene rajin la mengaku usia dah 2* tett tahun

kene rajin la bergelumang dengan dunia koplat

kene rajin buat keadaan yang serius dan penuh keunggulan

ececey...


i have to change!



" kalau mahu dilayan seperti orang dewasa,

kene bertindak sebagai orang dewasa"



sebab aku perasaan ,

walaupun kedudukan yang aku duduk dikerusi ini

sangat tinggi sebenarnya

sangat kuat kuasanya

tapi kalau attitude aku yang kuat melalak-lalak dalam pejabat

yang suka sengih-sengih macam kerang busok

yang selalu comot , selalu berbaju kurung biasa

orang tengok pun tak best




(pose macam ni ok?)



"pandangan pertama " itu sangat penting

sebagai kualiti dan menjaga nama baik

sesebuah organisasi

-em, aku teringat kata "mak" masa kelas Office Management



dengan jujurnya

aku masih terikut perangai kanak-kanak

masih selalu merasa diri baru15 tahun

seperti remaja yang baru nak naik lepak kat Pavi

"cheh, tak chill la babe!"

ayat ini selalu keluar untuk budak -budak nak naik lepak Pavi



bila mau berubah?

esok? lusa?

tak sekarang. hari ini.

jangan tangguh lagi.


p/s :nanti aku tanya tuan besar kalau ada kursus yang sesuai untuk budak yang selalu merasa diri stomel macam 15 tahun.


*sigh

Friday, February 5, 2010

Panning


mengalami kesusahan nak ingat nama orang
ape pasal pun aku tak paham
yang pasti aku bukan la cicak yang makan semut
sampai pelupa

mungkin sebab aku kena hafal banyak jenis
seksyen dan kanun keseksaan
kene hapal jenis-jenis jenayah dan M.O
terasa macam aku tengah buat chambering
untuk jadi peguam
haish!
inspektor gadget betol

p/s: tu Koperal zaleha, Gepren sarjan Abu Hassan masa bertugas dekat Bukit Kepong :P

Thursday, February 4, 2010

mula pandai bercakap pasal LELAKI


Ini cerita dedulu:

Aku menemui kegagalan cinta berkali-kali
Kalau dihitung sebenar 3 kali (saja ku tulis berkali-kali)
Hingga satu tahap ,
hatiku berhenti untuk mencintai yang ku panggil lelaki
Bukan beerti aku si anti lelaki
Cuma aku jadi serik
Bagiku cinta itu bisa menggoncang rasa indah yang ku nikmati
Sebab dulu aku penah lihat dunia macam seluruhnya warna hitam putih
Takde warna sebab aku frust dengan lelaki
Dan Airmata ku selalu tumpah kerana LELAKI
Kelakar kan?
Si Nipah yang digembar gembur seperti gangster kampung itu
Punya jiwa yang cengeng
Masak aku jadi marah, menangis berhari-hari kalau kehilangan cinta
Buat ape menangis?
buang airmata je kata teman-teman
Klisenye seperti aku trauma dengan lelaki
Tapi bukan dengan ayahku yang bernama Junaidi itu
Tiada kaitan dalam hal ini
Ayahku yang satu itu sangat sempurna di mataku
Terlalu.
*titik*

em,
2 tahun aku jadi sakit hati
sakit membenci CINTA
sebab yang ku anyam dalam kepala ku yang bandel ini
CINTA ITU INDAH
Tengok ada apa dengan cinta , -aku nangis
Tengok ”Kuch Kuch Hota Hai”- aku nangis
Tengok ”Sepi”- Aku nangis
Cheh! Jiwang punye budak

(nasib aku dah besar bercakap hal-hal begini, kalau masih budak,
mau mak aku piat telinga, dia bilang ”gatal”)

Berhari –hari aku menanti ,
Si luhur...(den rasa , tak payah la den nak describe luhur itu apa)
Si luhur yang menerima cacat cela setiap jisim yang tercatat dalam darahku
Si luhur yang memberikan ketenangan untuk ku.....

Aku jalan-jalan mencari...
Mata melilau memandang setiap perusuk
Kalau-kalau aku bertemu sang arjuna hati
**uh! Jiwang lagi...

satu hari aku berada dibilik
berfikir panjang
berfikir mengenai lelaki dan aku
tetibe aku jadi prajudis
dengan berlagaknya
sambil tengok cermin
”aku boleh idup tanpa lelaki”
cheh! Sekali lagi aku mengutuk cermin itu
marah diri sendiri

padahal , kalau aku nangis
aku senang bapak aku pujuk aku
kalau nengok wayang ,
aku selalu terlentok-lentok kesisi sebelah,
budget ada mamat hensem kasi tompang bahu
(bila dah tulis macam ni , baru terasa aku gedik)
hehehehhehe
nampak kasar ganas, dan kadang-kadang liar
tapi orang tak tau aku cengeng,
jadi aku perlukan lelaki
”lumrah hidup- jangan lari dari hakikat yang ditulis la Hani”
teman ku berbisik..
dikala aku mengungkap ” i dont need a man babe, aku rasa senang sendiri”
”ko prajudis, ego, dan terlalu memilih” teman ku membalas.
Diam, dan berfikir sejenak

* *
lelaki semacam apakah yang aku cari?
Macam ronaldokah?fahrin ahmad kah?johhny deepkah?
Tak.
Yang biasa-biasa
Yang mampu bertahan dengan perangai aku yang 3 suku ni kadang-kadang
Yang mampu duduk dengan aman dan dengar bila aku rasa tengah membebel
marah sebal
Yang mampu kesat airmata bila aku menangis
Yang mampu bersabar dalam setiap karenah aku
Yang mampu jadi ketua untuk aku
Yang mampu gengam tangan , dan menyambut kalau aku rasa ”jatuh”
Yang mampu peluk aku , usap rambut aku bila aku lagi buat muka seposen
Yang mampu tahan dengan perangai pelik aku-
Yang mampu biarkan aku , dan buat tak tahu kalau aku rasa sengal
Jadi aku rasa macam sedar diri
Aku jadi malas menentukan skala saiz badan, tinggi, tahap hensem..
Sebab aku bukan Paris Hilton @ Pinenople Cruz (selalu aku sebut cik nenas yang cantik)
Hahaha.

p/s: Tapi itulah , yang aku budget Johnny Deep ....mana mungkin
(aku selalu suka dia, dia kompem tak kenal dan tak suka aku)

** cerita ini dah lama diperam , saja kasi taruk ..tak do idea menulis ...